Ahmed Salim (1 Januari 1989 – 28 Februari 2024) ialah seorang tukang cat dari Bangladesh yang bekerja di Singapura telah dihukum gantung kerana membunuh teman wanitanya pada Disember 2018.

Ahmed Salim telah berkenalan dengan teman wanitanya, seorang pembantu rumah yang berasal dari Indonesia pada Mei 2012. Mereka bersetuju untuk berkahwin pada Disember 2018, pada 2017 dalam satu majlis Ahmed Salim telah menyarungkan cincin ke jari teman wanitanya. Namun pada pertengahan 2018, teman wanitanya mengadakan hubungan dengan seorang tukang paip dari Bangladesh juga. Mengesyaki dia ditipu, Ahmed Salim bersemuka dengan teman wanitanya dan mengaku bahawa dia mempunyai teman lelaki lain.

Ahmed kemudiannya meminta ibunya untuk mencari bakal isteri untuk dijodohkan dengannya. Ibunya telah mendapatkan calon isteri yang sesuai dan majlis perkahwinan dicadangkan untuk diadakan pada Februari 2019. Beberapa bulan kemudian, Ahmed Salim dan teman wanitanya berbaik semula. Namun teman wanitanya masih lagi curang dengan lelaki lain. AKhirnya pada pertemuan terakhir mereka di sebuah hotel bajet di Geylang, Singapura. Ahmed mengugut untuk membunuh teman wanitanya sekiranya dia tidak memutuskan hubungan dengan lelaki ketiga. Disebabkan teman wanitanya enggan, Ahmed menjerut lehernya dengan tuala.

Keputusan Mahkamah sunting

Ahmed didakwa atas pembunuhan pada 2 Januari 2019, dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati pada 14 Disember 2020. Hukuman tersebut telah dilaksanakan pada 28 Februari 2024.

Rujukan sunting

  1. https://www.straitstimes.com/singapore/courts-crime/man-who-killed-ex-fiancee-is-first-person-to-be-executed-for-murder-in-singapore-since-2019