Air permukaan ialah air yang terletak di atas permukaan bumi. Dalam penggunaan biasa, ia biasanya digunakan khas untuk jasad air daratan (dalaman), yang sebahagian besarnya dihasilkan oleh kerpasan dan limpahan air dari kawasan lebih tinggi yang berdekatan. Apabila iklim semakin panas pada musim bunga, salji yang cair akan mengalir ke arah saliran dan sungai berdekatan yang menyumbang kepada sebahagian besar air minuman manusia. Paras air permukaan berkurang akibat daripada proses penyejatan serta air yang bergerak ke dalam tanah menjadi air tanah. Selain digunakan untuk air minuman, air permukaan juga digunakan untuk pengairan, rawatan air sisa, ternakan, kegunaan industri, tenaga air (hidro), serta rekreasi.[1]

Contoh air permukaan iaitu sungai.

Jenis sunting

Air permukaan terbahagi kepada tiga jenis iaitu:[2]

  • Kekal — terdapat sepanjang tahun seperti sungai, tasik, dan tanah lembap.
  • Separuh kekal — jasad air yang hanya terdapat pada masa-masa tertentu dalam setahun termasuk saluran kering bermusim seperti anak sungai, lagun dan kolam.
  • Buatan manusia — air permukaan buatan manusia adalah air yang boleh dibina dengan menggunakan infrastruktur yang telah dipasang oleh manusia. Contohnya seperti, tasik buatan, terusan dan kolam buatan (seperti kolam taman) atau paya tiruan.

Penggunaan sunting

Air permukaan yang bertakung di empangan boleh digunakan untuk tenaga yang boleh diperbaharui dalam bentuk kuasa hidro.[3] Di Amerika Syarikat, kira-kira 68 peratus air yang disediakan kepada pengguna ialah daripada air permukaan.[4] Di Malaysia, hampir 95 peratus sumber bekalan air berasal daripada air permukaan.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ United States Environmental Protection Agency (2017-11-02). "Fresh Surface Water". US EPA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-06.
  2. ^ Department of Environment and Natural Resources. "What is Surface Water?" (PDF). www.denr.nt.gov.au. Dicapai pada 2020-04-06.
  3. ^ U.S Energy Information Administration (2020-04-30). "Hydropower Explained".
  4. ^ Centers of Disease Control and Prevention (2018-10-10). "Water Sources". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-04-06.
  5. ^ Dr Mohd Rozi Umor (23 Oktober 2020). "Air bawah tanah boleh jadi sumber bekalan alternatif". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 3 Februari 2022.

Pautan luar sunting