Aku Tak Percaya Cinta

Aku Tak Percaya Cinta merupakan satu drama bersiri yang disiarkan di TV1 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 11.30 pagi. Ia berjumlah 13 episod kesemuanya.[1]

Aku Tak Percaya Cinta
GenreDrama
Cinta
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13

Sinopsis sunting

Drama bersiri Aku Tak Percaya Cinta mengungkap perihal kasih sayang dua gadis yang dibesarkan ibu bapa angkat mereka saling bersaing merebut kasih dan perhatian keluarga antara satu sama lain.

Bagaimanapun, Luna dan Elia tidak pernah tahu realiti sebenar diri mereka sebagai anak angkat kepada pasangan Mahadi dan isterinya, Mirza. Mereka dibesarkan bersama seperti adik-beradik kandung tetap masih wujud api cemburu di dalam hati Luna dan Elia. Mereka juga tidak pernah sependapat.

Masing-masing mahu diberi lebih kedudukan oleh ibu bapa mereka. Apapun, dalam soal jodoh dan cinta nampaknya Elia nyata lebih bernasib baik berbanding dengan Luna.

Elia dijodohkan dengan anak orang kaya, Irshad. Walaupun berstatus tunangan orang, Irshad sebenarnya sangat menyukai Luna. Pun begitu, Luna pula enggan mempercayai cinta kerana kegagalannya dalam perhubungan yang lalu. Bagi Irshad, apa pun terjadi dia akan tetap berusaha memburu cinta Luna.

Di pihak Elia sendiri, gadis ini nekad mempertahankan cintanya terhadap Irshad. Lalu, bertambah parahlah sengketa antara Luna dan Elia sehingga mereka bermusuh. Kisah cinta tiga segi yang berlaku membuatkan Elia menganggap Luna mahu merampas Irshad daripadanya. Justeru, pelbagai konflik muncul.

Walaupun tampil sederhana dan agak kasar, Luna lebih bijak berbanding Elia serta menyerlah dalam banyak perkara. Namun kelebihan Elia pula adalah dia lebih feminin, lembut dan sangat menjaga perasaan ibu bapa mereka. Jadi, sukar untuk mereka berdua mengalah kerana sedar kelebihan masing-masing. Sama ada soal keluarga mahu pun perniagaan yang diurus, siapa lebih mendapat perhatian? Siapa pula antara mereka yang berjaya menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan Irshad?

Pelakon sunting

  • Izzue Islam sebagai Irshad
  • Sura Sojangi sebagai Luna
  • Reen Rahim sebagai Elia
  • Hafizzuddin Fadzil sebagai Mahadi
  • Norseha sebagai Mirza
  • Fazlina Datuk Ahmad Daud sebagai Shiren
  • Nizen Ayob sebagai Kamil
  • Mahmud Ali Basha sebagai Datuk Omar
  • Tasha Aziz sebagai Datin Ruby
  • Azza Elite sebagai Mariam
  • Rashid Jaafar sebagai Pak Jamal
  • Maimon Mutalib sebagai Mak Gayah
  • Bil Azali sebagai Norman

Lihat juga sunting

Rujukan sunting