Kejiranan al-Midan (Bahasa Arab: حي الميدان) adalah sebuah kejiranan dan perbandaran di ibu negara Damsyik, Syria.[1][2] Ia terletak di selatan kota bertembok lama dan sangat berhampiran dengan pusat bandar raya moden. Menurut bancian tahun 2004, kejiranan ini mempunyai jumlah penduduk seramai 177,456 orang.[2] Jalan dan lorong di kejiranan tersebut dipenuhi dengan warisan dan sejarah kerana usianya; sepanjang sejarahnya penduduk di situ bertarung bersama-sama dengan saudara mereka dari kejiranan-kejiranan lain untuk melindungi Damsyik. Selain itu, ramai cendekiawan Damsyik dilahirkan di sini. Pada hari ini, kejiranan tersebut sering kali dianggap sebagai salah satu tempat paling konservatif di Damsyik.

Kejiranan Al-Midan (perang muda; dieja sebagai al-Mydan) di dalam Damsyik.

Rujukan sunting

  1. ^ Provence, Michael (2005). The Great Syrian Revolt and the Rise of Arab Nationalism. Austin: University of Texas Press. m/s. 13, 69. ISBN 0-292-70635-9.
  2. ^ a b "نتائج تعداد السكان والمساكن لعام 2004 على مستوى الحي" (dalam bahasa Arab). Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-01. Dicapai pada 7 April 2018. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)

Pautan luar sunting