Alapaha blue blood bulldog

baka anjing dari Amerika Syarikat

Alapaha blue blood bulldog[a] ialah satu baka buldog dari Amerika Syarikat dan kebanyakannya digunakan sebagai anjing pengawal. Ia merupakan baka sangat berkuasa dan berotot dengan kepala besar dan muncung brakisefalik. Lapis bulu adalah pendek dan biasanya berwarna putih dengan tompok-tompok hitam, biru, kuning pucat, atau perang dan ekornya dibiarkan tidak terpotong.[1][2] Dimorfisme seks adalah lazim pada baka ini dengan anjing lebih besar yang biasanya berukuran berat sebanyak dua kali ganda daripada berat betina yang lebih kecil.[1]

Alapaha blue blood bulldog
Nama ringkasOttos
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Berat 50–90 paun (23–41 kg)
Tinggi 20–25 inci (51–64 cm)
Bulu Pendek
Warna Putih bertompok dengan hitam, biru, kuning pucat, atau perang
Jangka hayat ≈11–13 tahun
Pengelasan dan piawaian
Tidak oleh mana-mana kelab kenel utama
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah sunting

Alapaha blue blood bulldog ialah baka jarang yang dipercayai diturunkan daripada buldog lama Inggeris yang dibawa ke Benua Amerika pada abad ke-18 untuk digunakan dalam sukan darah pengumpanan lembu dan pengumpanan beruang; ia kemudian digunakan sebagai gembala lembu dan babi.[1][2] Selama berbilang generasi, baka ini dibiakbakakan semata-mata oleh keluarga Lane dari Rebecca, Georgia. Mereka akhirnya memulakan pejabat pendaftaran baka dengan seekor anjing yang dipanggil Otto, anjing asasi bagi operasi pembiakbakaan oleh keluarga itu. Nama anjing itu kadang-kadang telah digunakan sebagai nama panggilan untuk baka ini.[1][2] Pada awal abad ke-21, terdapat anggaran 120 hingga 150 ekor Alapaha blue blood bulldog yang masih hidup.[1][2]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: الاڤاها بلو بلد بولدوݢ‎‎

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e Fogle, Bruce (2009). The encyclopedia of the dog (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: DK Publishing. m/s. 354. ISBN 978-0-7566-6004-8.
  2. ^ a b c d Morris, Desmond (2001). Dogs: the ultimate dictionary of over 1,000 dog breeds (dalam bahasa Inggeris). North Pomret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 359–360. ISBN 1-57076-219-8.