Ali Baba (perniagaan)

Ali Baba ialah satu sistem cara perusahaan yang memakai nama Melayu (Ali) atau kelihatan saja dimiliki atau di­urus­kan oleh orang Melayu tetapi sebenar­nya kepunyaan (diselenggarakan oleh) orang Cina (Baba) atau bangsa asing yang lain.[1] Pihak yang mendapat ke­untungan ialah orang asing melalui cara Ali Baba. Perbuatan mengalibabakan menjual hak-hak yang khas bagi orang Melayu kepada orang Cina atau bangsa asing yang lain.

Perbuatan ini mampu merosak dan meningkatkan ketegangan antara kaum di Malaysia terutamanya antara orang Melayu dan orang Cina.[2] Juga, perbuatan ini adalah salah kerana menggunakan hak orang lain demi kepentingan sendiri.[3]

Rujukan sunting