Datuk Ali Mohamed adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Johor, Malaysia. Beliau menjadi ADUN Tanjung Puteri selepas pilihan raya umum 2004-2008 dan tempatnya diganti oleh Adam Sumiru pada pilihan raya umum 2008. Ali Mohamed pernah menjadi Timbalan ketua UMNO Bahagian Johor Baharu.

Isterinya Datin Rokiah Othman. Mereka menetap di No.17, Jalan Seruling, Taman Perbadanan Islam, Johor Bharu.

Kematian sunting

Beliau meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bharu pada hari ulangtahun kelahirannya ke-68. Beliau mengalami ketumbuhan usus besar dan menjalani pembedahan di HSI pada 27 April 2009. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah. Antara kenamaan yang hadir ialah Ahli Parlimen Johor Baharu Datuk Shahrir Abdul Samad, Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut dan ADUN Stulang Mok Chek Hou.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ ""Bekas ADUN meninggal dunia", Utusan Online, 3 Mei 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-06. Dicapai pada 2009-10-16.