Ali ibn Abi al-Rijal

Abû l-Hasan 'Alî ibn Abî l-Rijâl (Arab: أبو الحسن علي ابن أبي الرجال) (biasanya dikenali sebagai Haly, Hali, Albohazen Haly filii Abenragel atau Haly Abenragel, dari ibn Rijal) ialah seorang ahli nujum Arab lewat kurun ke-10 dan awal kurun ke-11, yang paling dikenali dengan karyanya, Kitāb al-bāri' fi ahkām an-nujūm.[1] Beliau adalah ahli nujum istana bagi penguasa Tunis, al-Mu'izz ibn Bâdis pada separuh pertama kurun ke-11. Beliau meninggal dunia selepas tahun 1037 di Kairouan, Tunisia.

Complete Book on the Judgment of the Stars dari 1523
Preclarissimus liber completus in iudiciis astrorum (Kitāb al-bāri' fi akhām an-nujūm), 1485

Karya beliau, Kitāb al-bāri' fi akhām an-nujūm diterjemahkan oleh Yehudā ben Moshe ke bahasa Castil Lama untuk Alfonso X dari Castile pada tahun 1254 dengan judul El libro conplido en los iudizios de las estrellas ("The complete book on the judgment of the stars"). Satu-satunya manuskrip terjemahan dalam bahasa Castil Lama yang terselamat adalah MS 3605 di Perpustakaan Negara di Madrid, yang bagaimana pun hanya mengandungi lima daripada lapan buah buku terjemahan bahasa Castil Lama yang lengkap.[1] Satu edisi yang dibuat pada tahun 1523, dihasilkan di Venice dan dipersembahkan dalam bahasa Latin, kini disimpan di Muzium Negara Qatar.[2]

Pada tahun 1485 di Venice sebuah salinan lengkap manuskrip dalam bahasa Castil Lama diterjemahkan ke bahasa Latin dan diterbitkan oleh Erhard Ratdolt dengan judul Praeclarissimus liber completus in judiciis astrorum ("The very famous complete book on the judgment of the stars"). Cetakan ini (dan versi-versi Latin kemudiannya) biasanya dikenali sebagai De iudiciis astrorum (atau De judiciis astrorum).[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Complete Book on the Judgment of the Stars". World Digital Library. 1485. Dicapai pada 2013-07-14.
  2. ^ "Complete Book on the Judgment of the Stars". World Digital Library. 1523. Dicapai pada 2013-07-14.

Pautan luar sunting


Templat:Tunisia-bio-stub