Almarhum Tuan Muhammad Osman bin Haji Ahmad (Jawi: محمد عثمان بن حاج احمد) atau lebih dikenali sebagai Pelawak veteran Alias Kadir (18 Jun 1963 – 28 Jun 2021) merupakan seorang pelawak veteran, pelakon dan penyanyi Melayu era 1980-an hingga awal 2020-an yang sering menghiburkan peminat-peminat beliau didalam rancangan komedi yang diterbitkan di Radio dan Televisyen Singapura dan Malaysia. Peminat beliau juga terdiri dari negara-negara seperti Indonesia, Brunei Darussalam, Selatan Thailand, UK, Amerika dan Australia khususnya dari Christmas Island yang banyak penduduknya terdiri dari orang-orang Melayu.

Allahyarham

Alias Kadir
محمد عثمان بن حاج احمد
Pelawak veteran dan lagenda Alias Kadir bersama Pak Nil di Royal Plaza on Scotts, Singapura pada tahun 2019
KelahiranMuhammad Osman bin Haji Ahmad
(1963-06-18)18 Jun 1963
Kampong Melayu (kini Jalan Eunos), Singapura Singapura
Meninggal dunia28 Jun 2021(2021-06-28) (umur 58)
Sebab kematianKomplikasi dari kencing manis; pendarahan
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Pusara Aman (Abadi), Lim Chu Kang, Singapura Singapura
WarganegaraSingapura Singapura
Terkenal keranaTeater Komedi, Bubur Masjid Air Katira, Ramwang Hari Raya, 3 Dol, Mat World, Fiesta Komedi, Sikit Lebih Kurang, Kelakarsik
Pasangan2 orang Istri
Anak-anakJuma'at Azhar
dan 5 lagi orang anak
Kerjaya muzik
GenreLagu Raya
PekerjaanPelawak, Pelakon, Penyanyi
InstrumenVokal, Pemain Musik
Tahun aktif1980-an hingga ke 2021
Syarikat rakaman
Radio Televisyen Singapura (RTS), Singapore Broadcasting Corporation (SBC), Mediacorp, Caldecott Hill, Singapura Mediacorp Campus, 1 Stars Avenue, Singapura
Pengkarya berkait
Husin Saaban, Ahmad Stokin, Yusof Bai, Sahfudin Mahfudz, Zaliha Hamid, Ishak Ahmat, Yahya Sulong, Samad Ayob, Zainal Ihim, Arif Isa, Hamzah Adon, Yusof Maruwi, S. Shamsuddin, Aziz Sattar, Mahadi Shor, M. Saffri A. Manaf, Wahid Satay, Arif Shamsuddin, Pon Bachik, Hamid Gurkha, Jamali Shadat, A.R. Badul, J. Rosmini, Param, Yusni Jaafar, Jalil Hamid, Raja Ema, Roslan Shah, Chef Wan, Suhaimi Yusof, B.J. Kadir, Kumar, Sarah Sechan, Najip Ali, Khairudin Samsudin, Benyamin S.

Kehidupan awal sunting

Alias Kadir atau nama kelahiran Muhammad Osman bin Haji Ahmad dilahirkan di Kampong Melayu (kini Jalan Eunos), Singapura pada 18 Jun 1963, Hari Selasa bersamaan 26 Muharram 1383 Hijriah.

Kerjaya sunting

Kehidupan peribadi sunting

Alias seorang sukarelawan di Jamiyah Singapura. Namun dengan keadaan beliau yang uzur, beliau gigih dan berusaha untuk mengutip derma untuk fakir miskin. Beliau juga kutip derma buat MUIS dan Tabung Amal Aidilfitri (TAA) sepanjang hayat beliau yang serba kekurangan.

Beliau akan dilihat mengutip derma disekitar Pasar dan Bazar Ramadan dan Hari Raya di Geylang Serai, Joo Chiat Complex, Wisma Geylang Serai (dulunya Perkampungan Melayu), Tanjong Katong Complex dan Paya Lebar. Namun, peminat-peminat beliau tak putus-putus mengambil gambar bersama-sama beliau dan menanya khabar tentang kesehatan beliau.

Kematian sunting

Alias telah dimasukkan ke hospital pada 2017 untuk pembedahan mengkodongkan kaki kiri beliau.

Namun pada April 2021, beliau sekali lagi menjalani pembedahan untuk mengkodongkan kaki kanan beliau setelah terdapat jangkitan gangrene akibat daripada kencing manis yang beliau hadapi. Sejurus menjalani pemulihan setelah 2 bulan, keadaan Alias bertambah tenat dan beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 28 Jun 2021, hari Isnin pada 7.53 pagi bersamaan 17 Zulkaedah 1442 Hijriah.

Beliau selamat dikebumikan di perkuburan Islam, Pusara Aman (Abadi) di Lim Chu Kang sejurus selepas Solat Zohor pada hari yang sama. Ratusan peminat membanjiri perkarangan masjid dan persekitaran makam untuk mengucapkan selamat jalan yang terakhir kepada arwah Alias sebelum disemadikan.

Beliau meninggalkan 2 balu dan 6 orang anak.

Peminat dari Singapura dan Malaysia tidak putus-putus mengucapkan rasa sedih dan takziah mendalam kepada arwah Alias. Turut berdukacita dari rakan artis seangkatan, sejawatan dan sepejuangan dengan beliau ialah Tuan Husin Saaban. Termasuk Artis dari Malaysia Datuk Haji Aznil Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil dan juga Dato' Siti Nurhaliza.

Turut mengutus ucapan takziah terdiri juga dari Menteri Dipejabat Menteri Perdana Singapura Dr Maliki Osman, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Dr Faishal Ibrahim, MP Puan Rahayu Mahzam dan paling awal sekali Mantan Menteri Singapura Amrin Amin.

Isteri Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong yakni Puan Ho Ching turut mengongsi berita pemergian arwah Alias.

Filem, Drama dan Lagu sunting

Filem

  • 3 Dol
  • Geng Skru Drebar
  • Chicken Rice War

Drama

  • Bubur Masjid, Air Katira
  • Teater Komedi
  • Sikit Lebih Kurang
  • Kelakarsik
  • Aduh Bibikku
  • Fiesta Komedi
  • Sinar Lebaran

Lagu

  • Ramwang Hari Raya