Amanda Emil Khairul Amry (Jawi: امنادا امل بنت كيرل امري; lahir 30 November 2003) atau lebih dikenali sebagai Amanda Amry merupakan seorang pelakon, model, personaliti media sosial dan pengacara majlis wanita Malaysia

Amanda Amry
Kelahiran
Amanda Emil binti Khairul Amry

(2003-11-30) 30 November 2003 (umur 20)
PendidikanFoundation in Arts
Pusat pendidikanUniversity of Cyberjaya
PekerjaanPelakon dan model
Tahun aktif2015–kini

Kehidupan awal sunting

Dilahirkan pada 30 November 2003. Amanda Amry merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Beliau menetap di Shah Alam, Selangor bersama keluarganya. Beliau pernah menetap di United Kingdom selama tujuh tahun kerana mengikut bapanya yang berkhidmat di sana. Pernah tular pada tahun 2019 selepas video gurauannya bersama neneknya, Khadijah Said mendapat perhatian warganet dan mempunyai pertalian hubungan yang rapat dengan neneknya. Menyimpan impian untuk menjadi pakar psikologi kepada golongan kanak-kanak. Aktif menghasilkan video di aplikasi TikTok.

Kerjaya sunting

Bergiat sebagai seorang pelakon, model, personaliti media sosial dan pengacara majlis. Bergelar model sejak umur lima tahun, khususnya dalam iklan komersial, bermula dengan jenama pakaian kanak-kanak di United Kingdom (UK). Di usia 12 tahun, beliau membintangi video muzik lagu Sayangi Dirimu nyanyian pelakon Fazura. Pernah menjayakan siri Geng Gajet yang ditayangkan di saluran Astro Ceria dengan turut dilakonkan pelakon Bell Ngasri, El Farabi Faeez, Fatimah Noryyah, Aliff Idham, Awang Hamyzan dan Lion Chong. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Zombitopia terbitan tahun 2021, termasuk filem pendek Seliseh (2015) dan Mei: Sebelum Bara Menjadi Abu (2018).

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2015 Seliseh Melur Ismail Kamarul
2021 Zombitopia Zooey (kecil) Woo Ming Jin
2022 Mei: Sebelum Bara Menjadi Abu Mei Alif Yazid

Drama sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2020 Geng Gadjet Ramona Astro Ceria
2022 Lu Pikir La Nabil (Musim 2) Syasya
Kau Cipta Kasih Hasnah TV3
Jangan Menangis Cinta Nabilah Puteh Astro Ria
Nikah, Cerai, Rujuk Marsha

Iklan sunting

Tahun Iklan Peranan Catatan
2022 DiGi

Videografi sunting

Muzik Video
Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2015 "Sayangi Dirimu" Fazura

Rujukan sunting

Pautan luar sunting