Amcorp Mall (singkatan perkataan bagi Arab-Malaysian Corporation Mall) merupakan sebuah pusat beli-belah yang dibuka pada tahun 1998 dan terletak di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Stesen LRT Taman Jaya yang dikendalikan oleh Rapid KL terletak bertentang dengan tempat ini. Selain itu, ia juga terletak berhampiran dengan Hotel Hilton, Hotel Armada dan cawangan terbesar A&W. Pusat beli-belah ini juga menempatkan ibu pejabat sebuah bank tempatan iaitu Amcorp Berhad.

Amcorp Mall
Pemandangan Amcorp Mall serta pusat perniagaan dari Stesen LRT Taman Jaya
LokasiPetaling Jaya, Selangor, Malaysia
AlamatNo. 18, Jalan Persiaran Barat, Petaling Jaya, 46050 Selangor, Malaysia
Tarikh pembukaan1998
PemajuAmcorp Group
Bil. tingkat7 (termasuk bawah tanah)
Laman webamcorpmall.com
Pemandangan Amcorp Mall dari jauh

Amcorp Mall agak lengang pada hari bekerja tetapi sangat sibuk pada hujung minggu terutamanya pasar lambak yang dikendalikan oleh syarikat pengurusan yang diadakan pada setiap hujung minggu dan sebahagian kecilnya lelongan yang dianjurkan dari semasa ke semasa. Kawasan ini terdiri daripada lima tingkat kedai runcit dan restoran, dua tingkat bawah tanah (tingkat B1 & B2) dengan bayaran letak kereta sebanyak RM 2 untuk empat jam pertama dan RM 1 untuk jam berikutnya. Terdapat juga lima tingkat bagi tempat letak kereta di tingkat atas. Selain itu, terdapat tempat letak kereta yang luas di luar pada tingkat bawah yang berhadapan dengan pusat beli-belah dengan kadar bayaran sebanyak RM 2 untuk jam pertama dan RM1 untuk jam berikutnya.

Terdapat bangunan yang bersambung dengan pusat beli-belah ini yang terdiri daripada dua menara pejabat yang masing-masingnya mempunyai 18 tingkat yang digelar "Menara Amcorp" dan "Menara PJ". Di samping itu, ada juga blok pangsapuri yang bertemakan komersil merangkap servis yang disiapkan dan dibuka untuk diduduki pada tahun 2005.

Pautan luar sunting