Amir Hossein Sadeghi

Amir Hossein Sadeghi (Parsi: امیرحسین صادقی, lahir September 6, 1981 di Tehran, Iran) merupakan pemain bola sepak profesional Iran yang bermain sebagai pertahanan untuk kelab Iran, Esteghlal.

Amir Hossein Sadeghi
Maklumat peribadi
Nama penuh Amir Hossein Sadeghi
Tarikh lahir (1981-09-06) 6 September 1981 (umur 42)
Tempat lahir Tehran, Iran
Ketinggian 1.89 m (6 ka ​2 38 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Esteghlal
Nombor 4
Kerjaya remaja
1995–1999 Shahin
1999–2001 Moghvemat Tehran
2001–2003 Esteghlal
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2008 Esteghlal 113 (7)
2008–2009 Mes 30 (1)
2009–2011 Esteghlal 54 (5)
2011–2012 Tractor Sazi 31 (2)
2012– Esteghlal 84 (2)
Pasukan kebangsaan
2003–2006 Iran B–23 6 (0)
2005– Iran 22 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20:52, 17 Mei 2015 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 18:10, 31 Mac 2015 (UTC)

Karier kelab sunting

Esteghlal sunting

Dia merupakan produk sistem belia kelab Esteghlal dan dipanggil ke skuad senior pada tahun 2003. Selepas lima tahun bersama Esteghlal dan 113 penampilan liga, dia menandatangani kontrak satu tahun bersama Mes pada tahun 2008.[1]

Mes Kerman sunting

Selepas satu musim bersama Mes dimana dia membuat 30 penampilan, Sadeghi menandatangani kontrak dua tahun bersama Esteghlal.

Tractor Sazi sunting

Sadeghi sekali lagi meninggalkan Esteghlal pada tahun 2011 dan menyertai Tractor Sazi. Dia memainkan peranan penting untuk membantu Tractor menduduki tempat kedua dalam Liga Pro Iran. Dalam satu-satunya musim bersama Tractor Sazi, Sadeghi membuat 31 penampilan dan menjaringkan dua gol.

kembali ke Esteghlal sunting

Dia berpindah semula ke Esteghlal dari Tractor Sazi pada bulan Julai 2012. Dalam musim pertamanya selepas kembali ke Esteghlal, Sadeghi memenangi Liga Pro Iran buat kali kedua dalam kariernya. Pada 13 Julai 2014, Sadeghi bersetuju dengan kontrak baru dua tahun bersama Esteghlal, mengekalkannya di kelab itu sehingga tahun 2016.

Karier antarabangsa sunting

Dia dinamakan ke dalam skuad Iran untuk Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman. Dia menjaringkan gol antarabangsa pertamanya pada 19 November 2013 ketika menentang Lebanon dalam Kelayakan Piala Asia AFC 2015. Pada 1 Jun 2014, dia dipanggil ke dalam skuad Iran untuk Piala Dunia FIFA 2014 oleh Carlos Queiroz.[2] Pada 30 Disember 2014, dia dipanggil ke dalam skuad Iran untuk Piala Asia AFC 2015.[3]

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1. 19 November 2013 Stadium Bandar Sukan Camille Chamoun, Beirut, Lebanon   Lubnan 1–0 4–1 Kelayakan Piala Asia AFC 2015

Kejayaan sunting

Kelab sunting

Esteghlal

Rujukan sunting

  1. ^ Tebyan
  2. ^ "Queiroz trims Iran squad to 24". FIFA.com. 1 June 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-17. Dicapai pada 1 June 2014.
  3. ^ "Queiroz Names Team Melli Squad". afcasiancup.com. 30 December 2014.

Pautan luar sunting