Amoksisilin ialah ubat antibiotik yang tergolong dalam kelas aminopenisilin daripada keluarga penisilin. Ubat ini digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan jangkitan bakteria[8] seperti jangkitan telinga tengah, sakit tekak, radang paru-paru, jangkitan kulit, jangkitan odontogenik, dan jangkitan saluran kencing.[8] Cara menggunakan ubat ia ialah menelannya atau cara yang kurang lazim ialah suntikan ke tubuh.[8] [9]

Amoksisilin
Data klinikal
Nama dagangAmoxil, Trimox, lain-lain[1]
Nama lainAmoxycillin, amox, Amoksisilin (AAN AU)
AHFS/Drugs.comMonograph
MedlinePlusa685001
Data lesen
Kategori
kehamilan
  • AU: A
Kaedah
pemberian
Mulut, intravena
Kelas ubatβ-laktam antibiotik, aminopenisilin
Kod ATC
Status perundangan
Status perundangan
Data farmakokinetik
Bioketersediaan95%, mulut
MetabolismeKurang 30% di hati
Penyingkiran separuh hayat61.3 minit
PerkumuhanBuah pinggang
Pengecam
  • (2S,5R,6R)-6-{[(2R)-2-Amino-2-(4-hydroxyphenyl)acetyl]amino}-3,3-dimethyl-7-oxo-4-thia-1-azabicyclo[3.2.0]heptane-2-carboxylic acid
Nombor CAS
PubChem CID
DrugBank
ChemSpider
UNII
KEGG
ChEBI
ChEMBL
CompTox Dashboard (EPA)
ECHA InfoCard100.043.625 Sunting ini di Wikidata
Data kimia dan fizikal
FormulaC16H19N3O5S
Jisim molar365.40 g·mol−1
Model 3D (JSmol)
Ketumpatan1.6±0.1 [7] g/cm3
  • O=C(O)[C@@H]2N3C(=O)[C@@H](NC(=O)[C@@H](c1ccc(O)cc1)N)[C@H]3SC2(C)C
  • InChI=1S/C16H19N3O5S/c1-16(2)11(15(23)24)19-13(22)10(14(19)25-16)18-12(21)9(17)7-3-5-8(20)6-4-7/h3-6,9-11,14,20H,17H2,1-2H3,(H,18,21)(H,23,24)/t9-,10-,11+,14-/m1/s1 ☑Y
  • Key:LSQZJLSUYDQPKJ-NJBDSQKTSA-N ☑Y
  (verify)

Kesan buruk yang mungkin muncul akibat menggunakan ubat ini termasuk rasa loya dan ruam di kulit.[8] Kesan buruk dari amoksisilin juga termasuk meningkatkan risiko jangkitan yis dan, apabila digunakan dalam kombinasi dengan asid klavulanik, mengakibatkan penyakit cirit-birit.[10] Ubat tidak boleh digunakan pada mereka yang alah kepada penisilin.[8] Walaupun boleh digunakan pada mereka yang mengalami masalah buah pinggang, dos ubat sepatutnya dikurangkan.[8] Penggunaan ubat semasa bagi ibu mengandung dan penyusian kanak-kanak nampaknya tidak berbahaya.[8] Amoksisilin masuk ke dalam keluarga antibiotik beta-laktam.[8]

Amoksisilin pertama kali ditemui pada 1958, dan mula digunakan dalam perubatan sejak 1972.[11] [12] Amoxil diluluskan penggunaannya bagi kegunaan perubatan di Amerika Syarikat pada tahun 1974, dan di England pada 1977. Amoksisilin berada dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).[13] [14] Ubat ini juga ialah salah satu antibiotik yang paling biasa digunakan oleh doktor atau jururawat bagi kanak-kanak.[15] Amoksisilin boleh didapati sebagai ubat generik dan biasanya dijual bebas di kedai ubat atau farmasi.[8] Pada 2020, amoksisilin adalah ubat ke-40 paling biasa digunakan di Amerika Syarikat, dengan lebih daripada 15 juta preskripsi.[16] [17]

Rujukan sunting

  1. ^ "International brand names for amoxicillin". Drugs.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 May 2016. Dicapai pada 15 November 2016. Invalid |url-status=deviated (bantuan)
  2. ^ "Amoxil Vials for Injection 500mg - Summary of Product Characteristics (SmPC)". (emc). 4 November 2021. Dicapai pada 8 October 2022.
  3. ^ "Amoxil (amoxicillin) Capsules, Tablets, Chewable Tablets, and Powder for Oral Suspension". DailyMed. Dicapai pada 8 October 2022.
  4. ^ "Amoxil: FDA-Approved Drugs". U.S. Food and Drug Administration (FDA). Dicapai pada 8 October 2022.
  5. ^ "Trimox: FDA-Approved Drugs". U.S. Food and Drug Administration (FDA). Dicapai pada 8 October 2022.
  6. ^ "Moxatag (amoxicillin extended-release) Tablets Initial U.S. Approval: 1974". DailyMed. Dicapai pada 8 October 2022.
  7. ^ "Amoxicillin". www.chemsrc.com.
  8. ^ a b c d e f g h i "Amoxicillin". Drugs.com, The American Society of Health-System Pharmacists. 3 January 2022. Dicapai pada 24 November 2022.
  9. ^ "Amoxicillin Sodium for Injection". EMC. 10 February 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 October 2016. Dicapai pada 26 October 2016.
  10. ^ "Common harms from amoxicillin: a systematic review and meta-analysis of randomized placebo-controlled trials for any indication". CMAJ. 187 (1): E21–E31. January 2016. doi:10.1503/cmaj.140848. PMC 4284189. PMID 25404399.
  11. ^ Fischer J, Ganellin CR (2006). Analogue-based Drug Discovery. John Wiley & Sons. m/s. 490. ISBN 978-3-527-60749-5. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2017.
  12. ^ Roy J (2012). An introduction to pharmaceutical sciences production, chemistry, techniques and technology. Cambridge: Woodhead Pub. m/s. 239. ISBN 978-1-908818-04-1. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2017.
  13. ^ World Health Organization (2019). World Health Organization model list of essential medicines: 21st list 2019. Geneva: World Health Organization. hdl:10665/325771. WHO/MVP/EMP/IAU/2019.06. License: CC BY-NC-SA 3.0 IGO.
  14. ^ World Health Organization (2021). World Health Organization model list of essential medicines: 22nd list (2021). Geneva: World Health Organization. hdl:10665/345533. WHO/MHP/HPS/EML/2021.02.
  15. ^ Kelly D (2008). Diseases of the liver and biliary system in children (ed. 3). Chichester, UK: Wiley-Blackwell. m/s. 217. ISBN 978-1-4443-0054-3. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2017.
  16. ^ "The Top 300 of 2020". ClinCalc. Dicapai pada 7 October 2022.
  17. ^ "Amoxicillin - Drug Usage Statistics". ClinCalc. Dicapai pada 7 October 2022.

Bacaan lanjut sunting

  • Neal MJ (2002). Medical Pharmacology at a Glance (ed. 4th). Oxford: Blackwell Science. ISBN 978-0-632-05244-8.

Pautan luar sunting

  • "Amoxicillin". Drug Information Portal. U.S. National Library of Medicine.