Amru bin Umaiyah al-Damri

Amru bin Umaiyah al-Damri ialah salah seorang sahabat Nabi Muhammad.[1] Amru bin Umaiyah al-Damri pernah dihantar untuk membunuh Abu Sufyan.[2]

Kempen tentera sunting

Beliau menjalankan Misi Amru bin Umaiyah al-Damri pada tahun 627.[1] Amru bin Umaiyah al-Damri dihantar untuk membunuh Abu Sufyan[2] untuk menuntut bela kematian Khubaib bin Adi.[3] Menurut ulama Islam Safiur Rahman Mubarakpuri, orang Quraisy mengarahkan Khubaib bin Adi disalibkan oleh Uqbah bin al-Harith semasa Kempen al-Raji kerana beliau telah membunuh bapa Uqbah bin al-Harith.[4] Tiga orang musyrik dibunuh oleh orang Islam[2] dan satu orang ditangkap.[5]

Dia juga telah dihantar untuk menyiasat peristiwa Kempen Bir Mauna. Apabila berita pembunuhan beramai-ramai ini sampai kepada Nabi Muhammad, baginda sangat dukacita dan menghantar Amru bin Umaiyah al-Damri dan seorang Ansar untuk menyiasat perkara itu.[6] Dalam perjalanan pulang ke Qarqara, Amru bin Umaiyah berehat di bawah sebatang pokok lalu dua orang lelaki dari Bani Kilab menyertainya. Apabila mereka tertidur, Amru membunuh mereka berdua, menyangka dengan itu beliau akan menuntut bela beberapa sahabatnya yang terbunuh.[6]

Kemudian, beliau mendapat tahu bahawa mereka telah diberi sumpah perlindungan oleh Nabi Muhammad. Beliau memaklumkan Nabi Muhammad perbuatannya. Nabi Muhammad kemudian bersabda kepada Amru, bahawa baginda mesti membayar hutang darah atas pembunuhan orang-orang yang dijanjikan perlindungan (zimmi).[6]

Utusan sunting

Beliau dihantarkan sebagai utusan kepada raja Habsyah (kini Ethiopia) bernama Najasyi Asyamah bin Abjar untuk menjemputnya masuk Islam.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Abū Khalīl, Shawqī (2003). Atlas of the Quran. Dar-us-Salam. m/s. 242. ISBN 978-9960897547.(online). Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Abū Khalīl 2003 242" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b c Mubarakpuri, The Sealed Nectar, m/s 211. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Mubarakpuri, The Sealed Nectar p. 211" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ Tabari, Al (2008), The foundation of the community, State University of New York Press, m/s. 147, ISBN 978-0-88706-344-2
  4. ^ Mubarakpuri, The sealed nectar: biography of the Noble Prophet, m/s 350-351.
  5. ^ Tabari, Al (2008), The foundation of the community, State University of New York Press, m/s. 149–150, ISBN 978-0-88706-344-2
  6. ^ a b c Mubarakpuri, The sealed nectar: biography of the Noble Prophet, m/s 352. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Mubarakpuri pp. 352" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  7. ^ Safiur-Rahman Mubarakpuri, The Sealed Nectar, m/s 221.