Ana Raffali (lahir Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali; 4 November 1985) ialah seorang pemuzik Malaysia. Beliau berkemahiran dalam nyanyian, penggubahan lagu dan bermain gitar. Beliau mula mendapat perhatian setelah mengeluarkan single "Hujan Bunga di Kuala Lumpur" di corong radio pada tahun 2009. Niat beliau ingin membantu keluarganya yang susah membuahkan hasil dengan penghasilan album pertamanya, Ketika Aku Kecil yang dikeluarkan pada April 2010.

Ana Raffali
Kelahiran (1985-11-04) 4 November 1985 (umur 38)

Bermula dengan hobi bermain gitar, Ana mula berjinak menulis lagu sebagai cara meluahkan perasaannya ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan Pendidikan Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Teaching English as a second language (TESL).[2] Beliau sentiasa berbaju kurung atau kebaya ketika membuat persembahan.[3]

Kehidupan peribadi sunting

Pada 25 Februari 2012, Ana berkahwin dengan Ahmad Aznaim Abdullah, 30, selepas sekali lafaz dalam majlis pernikahan mereka yang diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Ulu Klang, Selangor. Mereka dinikahkan oleh bapanya, Mohd Raffali Mohd Nor dengan disaksikan oleh Jurunikah Masjid Al-Hidayah, Abdullah Mat.

Beliau mula bertudung beberapa minggu sebelum itu, semasa sambutan Maulidur Rasul.[4]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Single sunting

Tahun Tajuk Album Posisi tertinggi
Bursa Muzik Malaysia[5][6] ERA fm HOT fm Muzik Muzik
2010 Tolong Ingatkan Aku Ketika Aku Kecil 4 - - -
Kalau Berpacaran (feat Suhaimi Meor Hassan & Altimet) - 1 1 1 1
2011 Sehabis Baik - 23 - - -

Konsert sunting

  • Konsert Analoque di Lambang Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur (2010) bersama kugiran Monoloque
  • Pesta Raya bersama Ana Raffali di Esplanade, Singapura 2012 bersama The Marhaens

Pencapaian sunting

  1. Juara Keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-25 menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku ciptaan beliau sendiri.

Rujukan sunting

  1. ^ Profil Ana Raffali di Myspace. Dicapai pada 2010-07-20
  2. ^ Siti Azira Abd Aziz. (2010). Ana Raffali Buat Album Kerana Hidup Susah, MStar, Dicapai pada 2011-01-10.
  3. ^ J. Shamsul. (2010). Ana Raffali – Hujan Bunga di Kuala Lumpur official video Diarkibkan 2010-12-03 di Wayback Machine. Jiboneus.com. Dicapai pada 2010-07-20.
  4. ^ Nurul Nazrah Nazarudin (11 Februari 2012). "Hijrah Ana Raffali demi Muslimah sejati". Sinar Harian. Dicapai pada 23 Julai 2014.
  5. ^ [1][pautan mati kekal]. Bursa Muzik Malaysia. Dicapai pada 2011-01-18.
  6. ^ [2]. Top30 Bursa Muzik Malaysia. Dicapai pada 2011-04-05.

Pautan luar sunting