Anbe Sivam (Bahasa Inggeris: Love Is God, Bahasa Malaysia :Tuhan adalah Cinta) adalah sebuah filem komedi-drama Tamil tahun 2003 dari India. Filem ini ditulis oleh Kamal Hassan dan diarahkan oleh Sundar C.Filem ini mengikuti peristiwa perjalanan yang tidak dijangka dari Bhubaneswar ke Chennai oleh dua lelaki yang bertentangan fahaman, Nalla Sivam (Kamal Hassan) dan Anbarasu (Madhavan).Filem ini turut dibintangi Kiran Rathod, Nassar dan Santhana Bharathi, manakala Vidyasagar mengubah skor muzik filem ini.

Anbe Sivam
PengarahSundar C
PenulisKamal Hassan
Madhan (dialogues)
Dihasilkan olehK. Muralitharan
V. Swaminathan
G. Venugopal
DibintangiKamal Haasan
Madhavan
Kiran Rathod
Nassar
Santhana Bharathi
SinematografiArthur A. Wilson
Disunting olehP. Sai Suresh
Muzik olehVidyasagar
Syarikat
penerbitan
Lakshmi Movie Makers
Diedarkan olehRaaj Kamal Films International
Tarikh tayangan
15 January 2003[1]
Masa tayangan
158 minutes
NegaraIndia
BahasaTamil

Filem ini membincangkan beberapa siri tema seperti komunisme, ateisme dan altruisme, melalui pandangan Kamal Haasan sebagai seorang Humanisme. Filem ini dikeluarkan pada bulan Januari 2003 kepada pujian kritis, walaupun ia gagal dari segi kutipan box office. Filem ini diangap sebagai antara filem terbaik yang pernah dihasilkan dalam industri perfileman India dan menjadi cult film[2][3].

Pelakon sunting

  • Kamal Hassan sebagai Nalla Sivam
  • Madhavan sebagai Anbarasu
  • Kiran Rathod sebagai Balasaraswathi
  • Nassar sebagai Kandasamy Padayachi
  • Santhana Bharathi sebagai Pembantu Kandasamy
  • Yugi Sethu sebagai Uthaman
  • Uma Riyaz Khan sebagai Mehrunizza

Penerbitan sunting

Setelah selesai skrip, Kamal Haasan mendekati Priyadarshan untuk mengarahkan filem itu pada awal tahun 2002. Namun, Priyadarshan menarik diri selepas perbezaan pendapat dengan Kamal Hassan dalam jalan cerita. Sundar C. dipilih sebagai pengarah untuk mengantikan Priyadarshan.

Tema dan pengaruh sunting

.Filem ini mengikuti peristiwa perjalanan yang tidak dijangka dari Bhubaneswar ke Chennai oleh dua lelaki yang bertentangan fahaman, Nalla Sivam (Kamal Hassan) dan Anbarasu (Madhavan). Filem ini membincangkan beberapa siri tema seperti komunisme, ateisme dan altruisme, melalui pandangan Kamal Haasan sebagai seorang Humanisme. Filem ini juga meneroka topik-topik seperti belas kasihan, globalisasi dan rasionalisme di dunia hari ini

Runut Bunyi sunting

Muzik untuk filem ini telah digubah oleh Vidyasagar, manakala lirik ditulis oleh Vairamuthu.

Anbe Sivam
Runut bunyi to Anbe Sivam oleh
Vidyasagar
Dilancarkan pada2002
TempatIndia  
GenreRunut Bunyi
BahasaTamil
PengarahSundar C. (en)    
PenerbitVidyasagar
Kronologi Vidyasagar
Karmegham
(2002)
Anbe Sivam
(2003)
Anbu
(2003)
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini
No.TajukSinger(s)Masa
1."Anbe Sivam "Kamal Haasan, Karthik4:18
2."Ela Machi"Kamal Haasan, Udit Narayan,4:35
3."Mouname"S. P. Balasubrahmanyam, Chandrayee4:36
4."Naatukkoru Seithi"Kamal Haasan, Chandran8:08
5."Poo Vaasam"Vijay Prakash, Sadhana Sargam4:27
6."Poo Vaasam - 2"Sriram Parthasarathy, Sadhana Sargam4:27

Tayangan sunting

Filem ini dikeluarkan pada 14 Januari 2003 bersamaan dengan perayaan Thai Pongal dan membuka bersama lima filem lain di box office, termasuk filrm lakonan Vikram, Dhool dan filem lakonan Vijay,Vaseegara. Anbe Sivam memenangi ulasan positif daripada penonton tetapi gagal dari segi komersial.

Legasi sunting

Selepas pembebasan filem itu telah mendapat pujian kritis dari penonton tetapi lambat hanya selepas filem ini ditayangkan di televisyen dan dianggap sebagai salah satu daripada "cult Classic" pawagam Tamil. Pengkritik filem Baradwaj Rangan menulis bahawa filem ini "adalah liga lebih awal daripada purata filem Tamil dan filem India"

Rujukan sunting