Andrea Cistana (lahir 1 April 1997) merupakan pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi pertahanan untuk kelab Brescia.

Andrea Cistana
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1997-04-01) 1 April 1997 (umur 27)
Tempat lahir Brescia, Itali
Ketinggian 187 cm (6 ka 2 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Brescia
Nombor 15
Kerjaya remaja
Brescia
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2014– Brescia 41 (1)
2016–2017Ciliverghe Mazzano (pinjam) 28 (1)
2018Prato (pinjam) 10 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 15:10, 12 November 2019 (UTC)

Kerjaya kelab sunting

Beliau merupakan pemain lepasan akademi Brescia dan mula beraksi untuk pasukan bawah-19 Brescia ketika musim 2014–15.[1] Beliau juga diletakkan di bangku simpanan dalam beberapa perlawanan Serie B 2014–15 tetapi beliau tidak diberi peluang beraksi di atas padang.[2]

Untuk musim 2016–17, beliau telah dipinjamkan ke kelab Serie D, Ciliverghe Mazzano.

Pada 31 Januari 2018, beliau telah menyertai kelab Serie C, Prato secara pinjaman sehingga akhir musim.[3] Beliau melakukan penampilan pertamanya di Serie C pada 18 Februari dalam aksi menentang Carrarese selepas beliau menggantikan Daniele Ghidotti pada minit ke-54 permainan.[4]

Selepas kembali ke Brescia, beliau melanjutkan kontraknya bersama kelab itu sehingga tahun 2021 pada 10 September 2018.[5] Beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie B bersama Brescia pada lima hari kemudian pada perlawanan menentang Pescara dengan beraksi sebagai barisan kesebelasan utama pasukan.[6]

Kerjaya antarabangsa sunting

Cistana telah dipanggil untuk menyertai skuad senior Itali oleh pengurus Roberto Mancini pada November 2019.[7]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 10 November 2019.[8]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Ciliverghe Mazzano 2016–17 28 1 28 1
  Prato 2017–18 10 0 10 0
  Brescia 2018–19 30 0 0 0 30 0
2019–20 11 1 0 0 11 1
Jumlah 41 1 0 0 41 1
Jumlah kerjaya 79 2 0 0 79 2

Catatan sunting

  1. ^ "Profile by TuttoCalciatori" (dalam bahasa Italian). TuttoCalciatori. Dicapai pada 28 October 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Brescia-Spezia game report". ESPN. 13 December 2014.
  3. ^ "Ufficializzato il difensore Andrea Cistana" (dalam bahasa Italian). Prato. 31 January 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Game Report by Soccerway". Soccerway. 18 February 2018.
  5. ^ "Andrea Cistana con la maglia del Brescia fino a giugno 2021" (dalam bahasa Italian). Brescia. 10 September 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Game Report by Soccerway". Soccerway. 15 September 2018.
  7. ^ "Roberto Mancini keen to blood Italy's young stars against Bosnia and Armenia". shropshirestar.com. 14 November 2019. Dicapai pada 19 November 2019.
  8. ^ "Andrea Cistana".

Pautan luar sunting

Templat:Skuad Brescia Calcio