Andrea Conti (sebutan bahasa Itali: [anˈdrɛːa ˈkonti]; lahir 2 Mac 1994) merupakan seorang pemain bola sepak Itali yang bermain di posisi bek kanan untuk kelab Serie A, Milan dan pasukan kebangsaan Itali.

Andrea Conti
Maklumat peribadi
Nama penuh Andrea Conti
Tarikh lahir (1994-03-02) 2 Mac 1994 (umur 30)
Tempat lahir Lecco, Itali
Ketinggian 1.84 m (6 ka ​ 38 in)
Posisi permainan Bek kanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Milan
Nombor 12
Kerjaya remaja
2003–2013[1] Atalanta
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2013–2017 Atalanta 47 (10)
2013–2014Perugia (pinjam) 17 (0)
2014–2015Lanciano (pinjam) 24 (0)
2017– Milan 14 (0)
Pasukan kebangsaan
2010–2011 Itali B17 9 (0)
2011 Itali B18 1 (0)
2014 Itali B20 3 (0)
2015–2017 Itali B21 17 (1)
2017– Itali 1 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 13:44, 27 Mei 2019 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 5 September 2017

Kerjaya kelab sunting

Atalanta sunting

Pada tahun 2002, beliau telah berjaya melepasi ujian untuk memasuki akademi A.C. Milan tetapi beliau membuat keputusan untuk tidak menyertai akademi tersebut kerana tidak minat akan pusat latihan akademi yang terletak jauh dari rumahnya. Beliau juga menerima tawaran daripada kelab Inter Milan tetapi akhirnya beliau menyertai akademi Atalanta. Di sana, beliau bersama dengan Mattia Caldara dan Roberto Gagliardini selama satu dekad.[2]

Pada Julai 2013, Conti telah dipinjamkan ke kelab Lega Pro, Perugia.[3] Beliau melakukan penampilan sulungnya pada 4 Ogos 2013 dalam saingan Coppa Italia menentang Savona. Beliau melakukan penampilan sulungnya dalam perlawanan liga pula ketika menentang Nocerina. Conti telah melakukan 16 kemunculan liga dan membantu pasukannya untuk layak ke Serie B.

Pada 10 Julai 2014, Conti dipinjamkan ke kelab Virtus Lanciano selama satu musim.[4] Conti telah melakukan 24 kemunculan liga dan pasukannya telah menghuni tangga ke-14 daripada 22 pasukan. Pada musim panas 2015, beliau kembali semula ke Atalanta dan dimasukkan ke dalam skuad utama untuk menghadapi saingan baru Serie A.

Pada 30 September 2015, Conti telah menandantangani kontrak baru bersama Atalanta yang meletakkannya sebagai pemain Atalanta sehingga Julai 2019.[5] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk kelab pada 2 Disember ketika pasukannya tewas 1–3 kepada Udinese dalam perlawanan Coppa Italia. Conti melakukan penampilan sulungnya di Serie A pada 6 Januari 2016 ketika menentang lawan yang sama iaitu Udinese yang berkesudahan Udinese meraih kemenangan 2-1.[6] Beliau menjaringkan gol pertamanya pada 3 Februari ketika pasukannya melakar kemenangan 2–1 ke atas Hellas Verona dalam perlawanan Serie A.

Conti berjaya menghasilkan lapan gol dalam 33 kemunculannya ketika musim 2016–17.

Milan sunting

Pada 7 Julai 2017, Conti berpindah ke Milan dengan perpindahan yang menelan kos sebanyak €24 juta bersama pertukaran Matteo Pessina ke Atalanta dari Milan.[7] Beliau melakukan penampilan pertamanya untuk Milan pada 27 Julai 2017 dengan menggantikan Ignazio Abate pada separuh masa kedua dalam perlawanan kelayakan Liga Europa menentang CS U Craiova.[8] Beliau melakukan penampilan sulungnya di Serie A ketika pasukannya menewaskan Crotone 3-0 pada 20 Ogos 2017.[9]

Pada 15 September 2017 ketika sesi latihan Milan, Conti mengalami kecederaan ligamen kirinya. Dengan menjalani pembedahan, beliau telah pulih pada Mac 2018. Namun setelah menjalani latihan dan beraksi dengan pasukan simpanan, Conti mengalami kecederaan ACL yang menyebabkan khidmat beliau terpaksa dilupakan sehingga hujung tahun.[10][11]

Pada 22 Disember 2018, Conti beraksi semula untuk Milan dengan menggantikan Ignazio Abate dalam perlawanan Serie A menentang Fiorentina.[12] Sebelum musim melabuhkan tirainya, beliau telah beraksi dalam 14 perlawanan dan mencipta tiga bantuan jaringan gol pasukan.

Walaupun menempuh dua musim yang tidak begitu memuaskan di Milan, Conti telah menolak tawaran yang dibuat oleh Parma dan Werder ketika musim panas 2019. Beliau memilih untuk kekal bersama Milan dan berkhidmat dengan jurulatih baru iaitu Marco Giampaolo.[13]

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada Ogos 2017, beliau telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Itali yang dikendali oleh pengurus Gian Piero Ventura untuk menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Sepanyol pada 2 September dan Israel pada 5 September.[14] Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Itali ketika pasukannya menewaskan Israel 1-0 namun beliau terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan dan tempatnya segera digantikan oleh Davide Zappacosta.[15]

Statistik kerjaya sunting

Kelab sunting

Sehingga 26 Mei 2019.[16]
Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Perugia 2013–14 16 0 1 0 17 0
  Virtus Lanciano 2014–15 24 0 1 0 25 0
  Atalanta 2015-16 14 2 1 0 15 2
2016-17 33 8 2 0 35 8
Jumlah 47 10 3 0 50 10
  Milan 2017-18 2 0 0 0 3 0 5 0
2018-19 12 0 2 0 0 0 1 0 15 0
Jumlah 14 0 2 0 3 0 1 0 20 0
Jumlah kerjaya 101 10 7 0 3 0 1 0 112 10
  1. ^ Termasuk kejohanan Supercoppa Italiana

Antarabangsa sunting

Sehingga 5 September 2017.[17]
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2017 1 0
Jumlah 1 0

Catatan sunting

  1. ^ "Accordo Di Collaborazione Sportiva" (JPG). Gianlucadimarzio.com. Dicapai pada 2017-07-07.
  2. ^ "Gianluca Di Marzio :: Lo sgambetto alla compagna di classe, gli scherzi con Grassi e la dedizione al sacrificio. "Calciava contro al muro e poi diceva: 'Tanto pitturi tu…'": viaggio nel 'Mondo di Conti'". Gianlucadimarzio.com. Dicapai pada 2017-07-07.
  3. ^ "UFFICIALE: Conti in prestito al Perugia". Tuttoatalanta.com. Dicapai pada 2017-07-07.
  4. ^ "News - SS Virtus Lanciano 1924". Virtuslanciano.it. 2014-07-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-03. Dicapai pada 2017-07-07.
  5. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-09. Dicapai pada 2016-04-01. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  6. ^ "Esordio in serie A per il terzino lecchese Andrea Conti". Resegoneonline.it.
  7. ^ "AC Milan complete €24m Conti signing". Goal.com.
  8. ^ "Newcomers Ricardo Rodriguez, Franck Kessie lift Milan past FC U Craiova". ESPN. 27 July 2017. Dicapai pada 28 July 2017.
  9. ^ "Crotone 0 AC Milan 3: Cutrone and Suso star in sizzling start". FourFourTwo. 20 August 2017. Dicapai pada 21 August 2017.
  10. ^ "ANDREA CONTI: MEDICAL UPDATE". acmilan.com.
  11. ^ https://sport.sky.it/calcio/serie-a/2018/04/05/milan-conti-operazione-ginocchio-villa-stuart.html
  12. ^ http://www.legaseriea.it/it/serie-a/match-report/2018-19/UNICO/UNI/17/MILFIO
  13. ^ https://www.football-italia.net/142315/report-conti-makes-milan-decision
  14. ^ "Italia, ecco i convocati di Ventura per la Spagna: c'è Pellegrini".
  15. ^ "Immobile squeezes past Israel". Football Italia. 5 September 2017. Dicapai pada 5 September 2017.
  16. ^ http://www.legaseriea.it/en/players/andrea-conti/TNQXB
  17. ^ "Andra Conti". Soccerway. Dicapai pada 14 July 2017.

Pautan luar sunting