Anjaan (English: Fearless, Bahasa Melayu : Tidak Mengenal erti takut) merupakan filem Aksi Tamil tahun 2014.Filem ini diarahkan oleh N. Lingusamy, dan diterbitkan di bawah rumah produksi sendirinya, Thirupathi Brothers .Filem ini , dibintangi oleh Surya dan Samantha Ruth Prabhu. Manoj Bajpai, Vidyut Jamwal, Rajpal Yadav dan Dalip Tahil merupakan pelakon sampingan dalam filem ini. Sinematografi dan penyuntingan dikendalikan oleh Santosh Sivan dan Anthony. Manakala,runut bunyi bagi filem ini diarah oleh Yuvan Shankar Raja. Tayangan perdana filem itu diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 14 Ogos 2014, dan ditayangkan serentak di seluruh dunia pada 15 Ogos 2014 bersempena Hari Kemerdekaan India.

Anjaan
Poster Filem
PengarahN. Lingusamy
PenulisN. Lingusamy
Brinda Sarathy
Dihasilkan olehN. Subash Chandrabose
Ronnie Screwvala
DibintangiSurya
Samantha Ruth Prabhu
Vidyut Jamwal
Manoj Bajpai
SinematografiSantosh Sivan
Disunting olehAnthony
Muzik olehYuvan Shankar Raja
Syarikat
penerbitan
Thirrupathi Brothers
UTV Motion Pictures[2]
Tarikh tayangan
  • 14 Ogos 2014 (2014-08-14) (Kuala Lumpur Tayangan Perdana)
  • 15 Ogos 2014 (2014-08-15) (Seluruh Dunia, termasuk India)[1]
NegaraIndia
BahasaTamil
BajetUS$10 million

Pelakon sunting

Surya character

  • Surya sebagai Raju Bhai (Krishna)
  • Samantha Ruth Prabhu sebagai Jeeva
  • Vidyut Jamwal sebagai Chandru
  • Soori sebagai Raja
  • Brahmanandam sebagai Guru Shastri
  • Manoj Bajpai sebagai Imran Bhai
  • Dalip Tahil sebagai Jacky
  • Murali Sharma sebagai Johnny
  • Asif Basra sebagai Rajiv
  • Joe Malloori sebagai Karim Bhai
  • Chitrangada Singh dalam Penampilan Khas
  • Maryam Zakaria dalam Penampilan Khas

Penerbitan sunting

Perkembangan sunting

Pada bulan Julai 2012, media India Selatan melaporkan bahawa Suriya telah menandatangani untuk berlakon dalam filem arahan Lingusamy selepas habis penggambaran filem Maattrraan (2012) dan Singam 2 (2013). Pada September 2013, banyak sumber menytakan bahawa filem itu diberi tajuk Mumbai Rowdy , bagaimanapun pengarah Linguasamy menafikan ini sebagai khabar angin. Pada bulan Januari 2014, secara rasminya filem ini diberi tajuk sebagai Anjaan. Vijay Milton pada mulanya ditandatangani oleh Lingusamy sebagai sinematografer untuk filem itu,tetapi pada bulan Oktober 2013 beliau telah digantikan dengan Santosh Sivan.Rajeevan telah diambil sebagai pengarah seni. Manakala, Brinda Sarathy disahkan menjadi penulis dialog untuk filem itu.

Lakonan sunting

Pada awal November 2013, Manoj Bajpai dilaporkan bermain watak antagonis dan Vidyut Jamwal juga akan muncul dalam peranan utama.Pada bulan Januari 2014, pelakon Samantha Ruth Prabhu menyertai filem ini sebagai pelakon wanita utama secara rasmi. Vivek didekati untuk memainkan peranan dalam filem ini, tetapi tidak dapat menerima tawaran itu akibat terikat dengan filem Vai Raja Vai. [26] Sebaliknya Mac 2014,pelawak Soori telah ditandatangani untuk mengisi tempat Vivek. Sana Khan didekati untuk melakukan penampilan khas dalam filem ini tetapi dia menolak tawaran itu kerana mahu mempromosikan filem Bollywood beliau Jai Ho (2014).

Penggambaran sunting

Filem ini disyuting di Bandaraya Mumbai dan Goa. Kamera jenis Kamera Digital Red Dragon 6K digunakan untuk penyutingan filem ini dan filem Anjaan merupakan filem pertama di dunia untuk mengunakan kamera jenis ini. Malah, filem Hollywood pun belum mengunakan kamera yang berteknologi tinggi ini.

Runut Bunyi sunting

Anjaan
Fail:AnjaanAudio1.jpg
Album cover
Runut bunyi oleh
Dilancarkan pada23 July 2014
Dirakamkan pada2013-14
TempatIndia  
GenreRunut Bunyi
Panjang22:10
BahasaTamil
SyarikatSony Music India
PengedarUTV Motion Pictures  
PengarahN. Lingusamy (en)    
PenerbitYuvan Shankar Raja
Kronologi Yuvan Shankar Raja
Thirudan Police
(2013)
Anjaan
(2014)
Raja Natwarlal
(2014)
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Runut bunyi dan skor bagi filem ini telah digubah oleh Yuvan Shankar Raja. Album runut bunyi, yang dikeluarkan pada 23 Julai 2014, mempunyai lima trek, yang ditulis oleh empat lyricists. Bahagian lelaki salah satu daripada lagu, "Ek Do Theen", dinyanyikan oleh Suriya dan menjadi percubaan pertama beliau sebagai Penyanyi latar. Hak audio telah dibeli oleh Sony Music India untuk AS $ 120,000. Audio filem ini dikeluarkan di kedai-kedai dan platform dalam talian (Online) secara langsung pada 23 Julai 2014,bersempena hari jadi Surya ke-39.

Penerimaan sunting

Album ini mengungguli carta iTunes India dan mendapat sambutan sambutan yang menggalakkan daripada peminat, manakala respons kritikal adalah bercampur-campur.

Sambutan Kritikal sunting

Runut Bunyi filem ini mendapat kritikan bercampur-campur dari para pengkritik.

Review Penarafan
Bollywood Life      
Cinemalead      
Moviecrow      
Only Kollywood           [3]
Rediff      [4]

Track Lagu sunting

No.TajukSeni kataSinger(s)Masa
1."Bang Bang Bang"Madhan KarkyRanjith4:11
2."Oru Kan Jaadai"VivekaBenny Dayal, Shweta Pandit4:23
3."Ek Do Theen"Na. MuthukumarSurya , Andrea Jeremiah3:57
4."Kaadhal Aasai"KabilanYuvan Shankar Raja, Sooraj Santhosh5:04
5."Sirippu En"VivekaM. M. Manasi4:39
Jumlah masa: 22:10

Tayangan sunting

Filem ini ditayangkan serentak di seluruh dunia pada 15 Ogos 2014 bersempena Hari Kemerdekaan India.

Pengedaran sunting

Hak-hak televisyen telah dijual kepada Sun TV untuk AS$ 2.700.000 . Sebaik sahaja tempahan awal untuk filem dibuka di Chennai, hampir 5000 tiket telah dijual dalam masa 2 jam, oleh itu menjadikan rekod mercu tanda dalam rekod Industri Perfileman Tamil.Anjaan juga dilaporkan mencipta rekod untuk perniagaan pra keluaran dalam Industri Perfileman Tamil selepas berjaya mengutip INR 87 crore (IS $ 14000000) dari hak pengedaran, satelit dan muzik

Pemasaran sunting

Poster filem itu dikeluarkan pada 1 Mei 2014. Manakala, Teaser filem itu telah dilancarkan bersama-sama dengan teaser filem Uttama Villain semasa majlis Anugerah Vijay Ke-8 pada 6 Julai 2014 dan pada masa yang sama telah dimuat naik ke YouTube.Teaser ini menerima sambutan yang positif dan melepasi lebih 3 juta views dala YouTube. Trailer rasmi filem itu dikeluarkan pada 8 Ogos 2014 dan disiarkan di Sun Music. Seperti teaser, trailer filem ini juga mendapat sambutan yang hangat. Klip video lagu "Ek Do Theen", yang memaparkan Surya dan Samantha Ruth Prabhu dikeluarkan di YouTube pada 11 Ogos 2014.

Permainan rasmi bertajuk Anjaan Race Wars telah dibangunkan oleh Vroovy, usaha sama antara Hungama Digital Media Hiburan dan Gameshastra, yang sebelum ini telah membangunkan dan mengeluarkan permainan filem rasmi Kochadaiiyaan (2014). Ia dikeluarkan pada 28 Julai 2014. Game ini boleh didapati di Android dan IOS.

Rujukan sunting

  1. ^ "'Anjaan' from 14th August itself". Behindwoods. 6 August 2014. Dicapai pada 6 August 2014. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  2. ^ "UTV to co-produce Suriya's upcoming Anjaan". Hindustan Times. 14 January 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-01-15. Dicapai pada 2014-05-05.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan recep1 tidak disediakan
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan recep5 tidak disediakan