Anjing Landseer

baka anjing dari Kanada

Anjing Landseer atau hanya landseer[a] ialah satu baka anjing yang berasal dari Kanada. Ia merupakan keragaman hitam dan putih bagi anjing Newfoundland yang diiktiraf sebagai baka tersendiri di Benua Eropah (Tanah Besar Eropah).

Anjing Landseer
Nama lainLandseer
Anjing Newfoundland Landseer
Negara asalKanada
Trait
Berat 100–150 paun (45–68 kg)
Tinggi 26–28 inci (66–71 cm)
Bulu Panjang
Warna Hitam dan putih
Jangka hayat ≈ 11 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)
Anjing Landseer (jenis benua Eropah)
Nama lainLandseer (jenis benua Eropah)
Jenis benua Eropah
Trait
Berat Jantan Purata 150 paun (68 kg)
Betina Purata 119 paun (54 kg)
Tinggi 26–31 inci (67–80 cm)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah sunting

Anjing Landseer jenis benua Eropah diturunkan daripada anjing yang digunakan oleh para nelayan di rantau Newfoundland dan Labrador di Kanada. Anjing-anjing ini dipercayai diturunkan daripada anjing air dan anjing penjaga haiwan ternakan yang diimport dengan kapal nelayan Portugis dan Basque.[1][2] Pada Zaman Victoria, anjing Newfoundland hitam dan putih lebih popular daripada anjing dengan pewarnaan hitam legam dan menjadi subjek bagi sebilangan seniman abad ke-19 termasuk Sydenham Edwards, Philip Reinagle, Samuel Jones, dan paling terkenal Edwin Landseer, yang namanya digunakan untuk menggambarkan anjing Newfoundlands hitam dan putih seawal tahun 1896.[1][2][3]

Pada abad ke-20, pewarnaan hitam legam menjadi lebih popular dan menggantikan haiwan dwiwarna, sehinggakan pada tahun 1930-an, terdapat usaha bersepadu untuk menghasilkan anjing yang terlihat dalam lukisan-lukisan Landseer semula. Usaha para pembiak baka ini menghasilkan baka anjing Landseer.[1][2] Di Great Britain dan di Amerika Utara, anjing berwarna Landseer dianggap sebagai keragaman bagi baka anjing Newfoundland. Pada tahun 1960, sebuah kelab baka terpisah untuk anjing berwarna Landseer diwujudkan di Jerman dengan menyilangkan anjing penjaga haiwan ternakan dengan anjing Newfoundland berwarna Landseer. Kelab-kelab serupa tidak lama kemudian menyusul di Belgium dan di Belanda. Anjing Landseer jenis benua Eropah dan anjing Newfoundland menjadi baka berasingan sepenuhnya.

Genetik sunting

Pewarnaan hitam dan putih pada anjing Landseer timbul daripada alel warna piebald resesif yang terdapat pada anjing Newfoundland; pewarnaan piebald ialah trait resesif, jadi satu perinduk tunggal dapat mempunyai anak anjing berwarna Landseer dan berwarna padu, bergantung pada genotip induk-induk.[4] Dengan perpisahan dalam pengiktirafan, perbezaan beransur-ansur dalam penampilan mula muncul antara kedua-dua bentuk: bentuk Eropah adalah lebih tinggi dengan tungkai lebih panjang dan kurang berisi dan kepalanya lebih panjang, lebih tirus – lapis bulunya dikatakan lebih keriting manakala lapis bulu anjing Newfoundland dikatakan lebih beralun.[2]

Sebuah kajian pada tahun 2015 menemukan gen khas pada anjing Landseer dengan distrofi otot, yang dipanggil COL6A1. Anjing terjejas mewakili model haiwan lebih dekat untuk distrofi otot kongenital Ullrich pada manusia berbanding dengan yang sebelumnya terhasil pada tikus.[5]

Lukisan anjing Newfoundland oleh Sir Edwin Landseer
Lion, a Newfoundland dog ("Lion, seekor anjing Newfoundland"), 1824
Saved ("Terselamat"), 1856

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ لندسير; لندسير; bahasa Inggeris: Landseer dog; landseer

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Fogle, Bruce (2009). The encyclopedia of the dog (dalam bahasa Inggeris). New York: DK Publishing. m/s. 345. ISBN 978-0-7566-6004-8.
  2. ^ a b c d Morris, Desmond (2001). Dogs: the ultimate dictionary of over 1,000 dog breeds (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 669. ISBN 1-57076-219-8.
  3. ^ Walsh, John Henry "Stonehenge" (1896). The dog: its varieties and management in health (dalam bahasa Inggeris). London & North York: Frederick Warne & Co. m/s. 57.
  4. ^ Schmutz, S. M.; Berryere, T. G. (Disember 2007). "Genes affecting coat color and pattern in domestic dogs: a review". Animal Genetics (dalam bahasa Inggeris). 38 (6): 539–549. CiteSeerX 10.1.1.596.9572. doi:10.1111/j.1365-2052.2007.01664.x. PMID 18052939. S2CID 28968274.
  5. ^ Steffen, F.; Bilzer, T.; Brands, J.; Golini, L.; Jagannathan, V.; Wiedmer, M. (4 Oktober 2015). "A Nonsense Variant in COL6A1 in Landseer Dogs with Muscular Dystrophy". G3: Genes, Genomes, Genetics (dalam bahasa Inggeris). 5 (12): 2611–2617. doi:10.1534/g3.115.021923. PMC 4683634. PMID 26438297.

Templat:Edwin Landseer