Anjing Levesque

baka anjing pupus dari Perancis

Anjing Levesque atau levesque[a] ialah satu baka anjing Perancis yang pernah diiktiraf oleh FCI (dahulu Kumpulan 6, Seksyen 1.1, No. 23). FCI menyingkirkan baka ini daripada senarainya atas permintaan pertubuhan penaung Perancis.

Anjing Levesque
Nama lainLevesque
Negara asalPerancis
Trait
Berat 25–30 kg (55–66 lb)
Tinggi 66–72 cm (26–28 in)
Pengelasan dan piawaian
Pupus
Anjing (Canis lupus familiaris)

Asal usul dan sejarah sunting

Pembiakbakaan baka ini bermula dengan silangan antara seekor anjing betina daripada kawanan Conte de Chabod dengan seekor anjing jantan daripada lagi satu kawanan. Berdasarkan anjing-anjing daripada perinduk ini, pada antara tahun 1873 dengan tahun 1880, pembiak baka, Rogatien Levesque, memulakan pembiakbakaan bagi satu baka baharu, yang dinamai sempena pembiak baka pertamanya.[1] Sebagai tambahan kepada anjing-anjing Chabod, anjing pemburu biru besar Gascogne, anjing pemburu besar Gascogne Saintonge, dan anjing pemburu rubah Inggeris dilibatkan. Matlamatnya ialah anjing pemburu kawanan dengan hidung bagus, kepantasan, dan kekuatan.[2]

Baka ini diiktiraf oleh FCI buat tempoh masa panjang, tetapi disingkirkan daripada senarai atas permintaan Société Centrale Canine oleh sebab pendapat bahawa anjing Levesque hanya merupakan varian bagi anjing pemburu besar Gascogne Saintonge.[1]

Perihal sunting

Berbanding dengan anjing pemburu Perancis lain, ia berbinaan lebih ringan, iaitu seberat 25–30 kg (55–66 lb), pada ketinggian kelasa 66–72 cm (26–28 in). Bulunya pendek dan licin dengan warna triwarna: sawo matang terbatas pada kepala, hitam sebagai mantel atau liputan, putih metah tanpa sebarang bintik.

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ ليۏيک; ليۏيک; Perancis: lévesque; levesque

Rujukan sunting

  1. ^ a b Levesque di Agraria.org (Itali)
  2. ^ Bonnie Wilcox, Chris Walkowicz (1993). Kynos-Atlas Hunderassen der Welt (Jerman), jilid 2, edisi ke-3. Terjemahan bahasa Jerman oleh Helga and Dieter Fleig. Mürlenbach, Jerman: Kynos Verlag. hlm. 577: Levesque. ISBN 3-924008-93-0.

Pautan luar sunting