Anjing pemburu Provence

baka anjing dari Perancis

Anjing pemburu Provence[a] ialah satu baka anjing pemburu bau jarang dari Provence, di Perancis tenggara.[1][2] Ia merupakan salah satu daripada lima baka yang tidak diiktiraf oleh FCI yang diiktiraf oleh pertubuhan anjing Perancis Société Centrale Canine.[1][3]

Anjing pemburu Provence
Negara asalPerancis
Trait
Tinggi Jantan 50–55 cm (20–22 in)
Betina 44–50 cm (17–20 in)
Warna perang kekuning-kuningan, perang kekuning-kuningan hangus, perang kekuning-kuningan dengan lapis bulu hitam
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah sunting

Asal usul tepat anjing pemburu Provence adalah tidak jelas. Sesetengah pihak berteori bahawa ia merupakan silangan antara anjing pemburu Itali dengan anjing pemburu biru kecil Gascogne.[2] Nama aslinya briquet memaksudkan "anjing bersaiz sederhana" dalam bahasa Perancis.[4] Anjing jenis ini telah diperihalkan dalam kesusasteraan sejak tahun 1440.[3] Piawaian pertama kali diperihalkan untuk baka ini pada tahun 1934. Pada masa itu, anjing baka ini adalah banyak.[3][5][4] Walau bagaimanapun, Perang Dunia Kedua menyaksikan penurunan mendadak bagi populasi baka ini.[2] Pembiakbakaan teratur untuk memulihara baka ini bermula pada sekitar tahun 1980 dan sebuah kelab baka diasaskan pada tahun 2003.[3] Anjing pemburu Provence diiktiraf oleh SCC pada tahun 2006 dan piawaiannya kali terakhir diubah pada tahun 2008.[3] Anjing pemburu Provence terus menjadi baka anjing jarang yang kerap mempunyai kurang daripada sepuluh anjing baharu yang didaftarkan setiap tahun dengan SCC.[2]

Perihal sunting

Baka ini bersaiz sederhana dan cukup seimbang.[1][3] Panjang tubuh adalah lebih besar sedikit daripada ketinggian pada paras kelasa.[3] Muncungnya sama panjang atau lebih pendek sedikit daripada tengkorak. Stopnya tidak begitu ketara. Gigitannya kuat dan berkembang sebagai gigitan gunting; geraham kecil hilang dan/atau gigitan penyepit ditoleransi. Telinga terletak pada paras mata atau ke bawah sedikit, tepi hadapannya melingkar sedikit ke luar. Hujungnya mesti mencapai sekurang-kurangnya pangkal hidung. Terdapat gelambir di tekak. Perut tertarik ke atas sedikit. Ekor terletak rendah-rendah dan terangkat tinggi-tinggi apabila bekerja.[3]

Lapis bulu pendek berwarna merah seakan-akan bata, dengan lapis bulu hitam atau tanpa lapis buluhitam.[1] Sedikit putih pada kaki, hujung ekor, dada, dan dahi dapat diterima tetapi tidak diutamakan.[3] Jantan adalah setinggi 50–55 sentimeter (20–22 in); betina pula adalah setinggi 44–50 sentimeter (17–20 in).[5] Purata berat ialah 18–27 kilogram (40–60 lb).[6]

Perangai sunting

Anjing pemburu Provence ialah anjing pemburu berani, cekap, dan berdaya tahan yang digunakan terutamanya terhadap babi hutan dan arnab.[3] Ia mempunyai pembawaan ramah dan patuh yang menjalin ikatan kukuh dengan pemiliknya dan perlu bergaul dengan baik dengan anjing lain.[5][6] Ia mempunyai suara perburuan jelas yang dikhususkan untuk perburuan.[6][3] Anjing pembuur Provence ialah anjing bertenaga dan pantas yang memerlukan senaman banyak, kerana ia tidak cepat letih.[6]

Kesihatan sunting

Anjing pemburu Provence hidup selama hampir-hampir 11–13 tahun.[6] Tiada penyakit dan keadaan kesihatan yang dikaitkan dengan baka ini.[6]

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو ڤروۏن‌س; Perancis: briquet de Provence

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "5 races françaises NON FCI à découvrir" [5 French NON FCI breeds to discover]. www.centrale-canine.fr (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 29 Mac 2024.
  2. ^ a b c d "Briquet de Provence : caractère & éducation, santé & entretien, prix..." Chien.com (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 29 Mac 2024.
  3. ^ a b c d e f g h i j k "STANDARD DU BRIQUET DE PROVENCE" [Standard of Briquet de Provence] (PDF). Société Centrale Canine (dalam bahasa Perancis). 2008.
  4. ^ a b Heuillet, Dr, Hubert (1934). "TOUS LES CHIENS" [ALL DOGS] (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 29 Mac 2024.
  5. ^ a b c "Briquet de provence". www.centrale-canine.fr (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 29 Mac 2024.
  6. ^ a b c d e f "Maladies et affections du chien - BRIQUET DE PROVENCE". Société Centrale Canine (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 29 Mac 2024.