Anugerah Al-Quran Antarabangsa Dubai

Pengenalan sunting

Pertandingan ini merupakan satu lagi kejayaan di dalam arena pertandingan-pertandingan Al Quran di peringkat antarabangsa. Pada hari pertama di bulan Ramadhan, seluruh dunia Islam akan menumpukan perhatian ke Dubai, di mana satu keraian diadakan dan di mana penghafaz-penghafaz muda Al Quran dari seluruh dunia akan menunjukkan bakat mereka dalam teknik penghafazan dan pembacaan Al Quran. Pertandingan ini diadakan dari hari pertama hingga ke hari yang ke-dua puluh dalam bulan Ramadhan setiap tahun.

Visi sunting

Anugerah Al Quran Kebangsaan Dubai (Dubai International Holy Quran Award - DIHQA) merupakan penganjur pertandingan ini, di mana mempunyai satu visi untuk memartabatkan dan mempopularkan penghafazan Al Quran di kalangan orang Islam di seluruh dunia.

Syarat-syarat Penyertaan sunting

Penamaan peserta-peserta untuk pertandingan ini mestilah melalui badan-badan rasmi negara ataupun komuniti Islam (di negara-negara majoriti bukan Islam). Penamaan peserta-peserta secara persendirian adalah tidak diterima. Berikut merupakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh peserta-peserta:

  • Peserta wajib menghafaz Al Quran secara keseluruhan.
  • Peserta wajib menguasai ilmu Tajwid.
  • Peserta mestilah seorang lelaki.
  • Peserta tidak boleh melebihi umur 21 tahun.
  • Peserta mestilah tidak pernah menyertai pertandingan ini.
  • Pihak urusetia pertandingan ini akan membiayai keseluruhan pembiayaan para peserta dan mereka yang menemani peserta-peserta ini dengan mengeluarkan visa kemasukan Kerajaan Emiriah Arab Bersatu, dan juga membiayai tiket penerbangan pergi-balik dan juga penginapan.
  • Seorang atendan dibenarkan untuk menemani peserta sama ada berumur di bawah 16 tahun ataupun memerlukan rawatan yang perlu dibantu oleh seorang atendan.

Hadiah sunting

Hadiah wang diberikan di dalam matawang Dirham Emiriah Arab Bersatu (AED) seperti berikut:-

  • Tempat Pertama: AED 250,000.00
  • Tempat ke-2  : AED 200,000.00
  • Tempat ke-3  : AED 150,000.00
  • Tempat ke-4  : AED 65,000.00
  • Tempat ke-5  : AED 60,000.00
  • Tempat ke-6  : AED 55,000.00
  • Tempat ke-7  : AED 50,000.00
  • Tempat ke-8  : AED 45,000.00
  • Tempat ke-9  : AED 40,000.00
  • Tempat ke-10  : AED 35,000.00
  • Mendapat lebih 80% Markah : AED 30,000.00
  • Mendapat 70% - 79% Markah : AED 25,000.00
  • Mendapat bawah 70% Markah : AED 20,000.00

Pertandingan-pertandingan yang telah Diadakan sunting

Pautan Luar sunting