Back to the Future

Koordinat: 34°08′29″N 118°20′59″W / 34.141417°N 118.349771°W / 34.141417; -118.349771

Back to the Future ("Kembali ke Masa Hadapan") ialah suatu filem cereka sains komedi Amerika 1985 arahan Robert Zemeckis dari skrip karya bersama Bob Gale, dihasilkan oleh Steven Spielberg, dan dibintangi oleh Michael J. Fox, Christopher Lloyd, Lea Thompson dan Crispin Glover. Filem ini mengisahkan tentang Marty McFly, seorang remaja yang tidak sengaja dihantar kembali ke zaman antara 1985-1955. Dia bertemu ibu bapanya di sekolah tinggi, menarik minat romantik ibunya. Marty harus memperbaiki kerosakan pada sejarah dengan membuatkan ibu bapa-nya untuk jatuh cinta, sementara mencari jalan untuk kembali ke tahun 1985.

Back to the Future
poster video oleh Drew Struzan
PengarahRobert Zemeckis
Penulis
  • Robert Zemeckis
  • Bob Gale
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiDean Cundey
Disunting oleh
Muzik olehAlan Silvestri
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehUniversal Pictures
Tarikh tayangan
  • 03 Julai 1985 (1985-07-03)
Masa tayangan
116 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Ingeris
BajetUSD19 juta
Pecah panggungUSD381,109,762

Ketika diterbitkan, Back to the Future menjadi filem paling berjaya pada tahun tersebut, membuat kutipan lebih daripada $ 380.000.000 di seluruh dunia dan menerima pujian kritis. Filem ini telah memenangi Anugerah Hugo kategori Persembahan Dramatik Terbaik dan Anugerah Saturn untuk Filem Cereka Sains Terbaik, serta Academy Awards, dan Golden Globe pencalonan antara lain. Pada tahun 2007, Perpustakaan Kongres memilih filem ini tersenrai dalam rancangan pemuliharaan National Film Registry,[1] dan pada bulan Jun 2008 American Film Institute khusus AFI's 10 Top 10 mengakui filem ini sebagai filem terbaik 10 dalam genre fiksyen sains. Filem ini menandakan permulaan awal sebuah siri dengan Back to the Future Part II dan Back to the Future Part III dikeluarkan secara terus menerus pada tahun 1989 dan 1990, serta siri animasi dan taman permainan.

Ringkasan sunting

Pada tahun 1985 di Hill Valley, California, Marty McFly membantu seorang rakannya, Dr. Emmett Brown menguji suatu kereta DMC DeLorean diubah suai menjadi kenderaan perentas masa dijanakan plutonium Libya. Doc menetapkan tarikh 5 November 1955 untuk menguji kenderaan ini. Tiba-tiba sekumpulan pengganas Libya yang segera menyerang mereka, dan Marty terperangkap dalam kereta DeLorean yang membawanya ke masa lampau berkelajuan 88 batu sejam (142 km/h).

Marty terbawa ke tempat sama 30 tahun ke belakang di mana dia memerhatikan ayahnya dalam keadaan sering dibuli doleh bakal majikannya Biff, dan ibunya yang muda disempaknya mula jatuh hati padanya; Marty perlu memastikan kedua-dua mereka kekal ditemukan agar dapat memastikan kewujudan dirinya.

Barisan pelakon sunting

  • Michael J. Fox sebagai Marty McFly
  • Christopher Lloyd sebagai Dr. Emmett "Doc" Brown, seorang saintis gila-gila[2]
  • Lea Thompson sebagai Lorraine Baines-McFly, ibu Marty[3]
  • Crispin Glover sebagai George McFly, ayah Marty[3]
  • Thomas F. Wilson sebagai Biff Tannen, sebaya George yang sering membulinya serta majikannya[4]
  • Claudia Wells sebagai Jennifer Parker
  • James Tolkan sebagai Mr. Strickland
  • Marc McClure sebagai Dave McFly
  • Wendie Jo Sperber sebagai Linda McFly
  • George DiCenzo sebagai Sam Baines, bapa Lorraine dan datuk Marty[5]
  • Frances Lee McCain sebagai Stella Baines, ibu Lorraine dan nenek Marty[5]
  • Jason Hervey sebagai Milton Baines
  • Maia Brewton sebagai Sally Baines
  • Will Hare sebagai Tuan Peabody
  • Ivy Bethune sebagai Puan Peabody
  • Jason Marin sebagai Sherman Peabody
  • Katherine Britton sebagai Nona Peabody
  • Cristen Kauffman sebagai Betty

Penghasilan sunting

Zemeckis dan Gale mula menulis skrip selepas Gale membayangkan dalam suatu perbualan mereka bersama-sama pada apakah dia akan berkawan dengan ayahnya jika mereka bersekolah bersama-sama. Berbagai studio filem menolak skrip sehingga kejayaan filem Romancing the Stone karya Zemeckis sebelumnya dan projek ditubuhkan di Universal Pictures dengan Spielberg sebagai penerbit eksekutif.

Awalnya peranan Marty McFly ditawarkan untuk Corey Hart namun beliau menolaknya dan Eric Stoltz awalnya sebagai Marty McFly ketika Michael J. Fox sedang sibuk menjalani pengembaraan siri TV Family Ties. Namun, selama proses pengembaraan Stoltz dan para pembuat filem memutuskan bahawa Stoltz telah disalah pilih, jadi Fox didekati lagi dan dia berjaya untuk bekerja di luar jadual di mana dia dapat memberikan masa yang cukup dan komitmen untuk keduanya; yang membentuk kembali seterusnya yang bererti para kru harus mengejar menerusi peyuntingan semula dan pasca-pengeluaran untuk menyempurnakan filem untuk keluaran pada July 3, 1985.

Rujukan sunting

  1. ^ "National Film Registry 2007, Films Selected for the 2007 National Film Registry". loc.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Januari 2008. Dicapai pada 4 Februari 2008.
  2. ^ Turner, George E. (March 20, 2020). "Back to the Future: Wheels on Fire". American Cinematographer. Diarkibkan daripada yang asal pada March 28, 2020. Dicapai pada September 18, 2020.
  3. ^ a b Loynd, Ray (June 25, 1985). "Film Review: 'Back to the Future'". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada October 25, 2015. Dicapai pada September 10, 2020.
  4. ^ Cipriani, Casey (July 23, 2020). "Marty McFly's entire backstory explained". Looper.com. Diarkibkan daripada yang asal pada October 9, 2020. Dicapai pada October 9, 2020.
  5. ^ a b Maslin, Janet (July 3, 1985). "The Screen: In 'Future,' Boy Returns To The Past". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada November 21, 2017. Dicapai pada August 27, 2020.

Pautan luar sunting