Bahasa Yahudi-Melayu

Bahasa Yahudi-Melayu (Jawi: يهودي-ملايو, Bahasa Ibrani: מלאית-יהודית) ialah varian daripada Bahasa Melayu pernah dituturkan atau ditulis oleh orang Yahudi Pulau Pinang, sebuah negeri yang terletak di utara Semenanjung Malaysia.[1][2] Yahudi-Melayu ialah satu-satunya bahasa Yahudi yang diketahui dalam keluarga Austronesia. Manuskrip Yahudi-Melayu yang masih hidup dirakamkan dalam pad nota seorang Yahudi Iran yang bernama Rahamim Jacob Cohen yang kini disimpan dalam Mikrofilem Manuskrip Alalay dari Koleksi Asia, Pasifik dan Afrika Perpustakaan British.[3]

Yahudi-Melayu
יאהודי-מֱלאיו
Asli kepadaMalaysia
KawasanPulau Pinang
EtnikYahudi Malaysia
Austronesia
Kod bahasa
ISO 639-3
GlottologTiada

Contoh sunting

Contoh ayat dalam bahasa Judeo-Melayu dan Bahasa Melayu Standard untuk perbandingan:

  • Yahudi-Melayu: Saiyah tidah maho lo, hempah batina hidob sana!
  • Melayu Baku: Saya tidak mahu kamu, empat perempuan/betina hidup disana!
  • Inggeris: I don't want you, there are four woman living there!

Di bawah ialah nombor 1–6 dalam Yahudi-Melayu, ditranskripsi daripada nota Cohen, dan dalam Bahasa Melayu Baku:

Nombor Melayu-Yahudi Melayu Baku
1 satuh satu
2 du'ah dua
3 tigah tiga
4 hampah empat
5 nimah or limah lima
6 henam enam

Lihat juga sunting

Templat:Bahasa Yahudi

Rujukan sunting

  1. ^ Rubin, Aaron D. (2017). "Other Jewish Languages, Past and Present". Dalam Kahn, Lily; Rubin, Aaron D. (penyunting). Handbook of Jewish Languages (dalam bahasa Inggeris). Leiden, Netherlands: Brill. m/s. 749–752. doi:10.1163/9789004359543_026. ISBN 978-90-04-35954-3.
  2. ^ Rubin, Aaron D.; Kahn, Lily (2020). Jewish Languages from A to Z (dalam bahasa Inggeris). Abingdon-on-Thames, England: Taylor & Francis. m/s. 140. ISBN 978-1-351-04342-7.
  3. ^ Moreen, Vera Basch (1995). "A Supplementary List of Judaeo-Persian Manuscripts". The British Library Journal. 21 (1): 71–80. ISSN 0305-5167. JSTOR 42554400.