Bahasa istana

Bahasa yang digunakan dalam kalangan raja atau sultan termasuk ahli kerabat diraja

Bahasa istana atau bahasa dalam ialah suatu laras bahasa halus yang digunakan dalam kalangan kerabat diraja sama ada dengan tujuan berhubung atau berbicara dengan golongan tersebut mahupun semasa menyebut atau memberitakan hal ehwal berkenaan raja dalam sesetengah bahasa, baik masih digunakan hari ini mahupun sudah tinggal sejarah.

Bahasa istana mungkin berasal daripada bahasa yang sama tetapi mempunyai kosa kata yang berlainan, atau bahasa yang berbeza sama sekali. Sebagai contoh, wangsa Seuna yang pernah memerintah negeri Karnataka menggunakan bahasa Kannada dan bukannya bahasa Sanskrit sebagai bahasa istana,[1]Semua rencana kekurangan rujukan yang boleh dipercayai[sumber lebih baik diperlukan] atau bahasa Arab yang menjadi bahasa istana di Parsi apabila negara tersebut ditakluki oleh orang Arab.[perlu rujukan]

Sementara bahasa yang sama dengan kosa kata yang berlainan wujud dalam kalangan bahasa Melayu, Nyōbō kotoba[2]Semua rencana kekurangan rujukan yang boleh dipercayai[sumber lebih baik diperlukan] bagi bahasa Jepun, bahasa Jawa, dan banyak lagi termasuk bahasa Inggeris.[perlu rujukan]

Terdapat perbezaan antara bahasa dalam di Malaysia dengan bahasa dalam di Brunei.[perlu rujukan]

Kosa kata sunting

Bahasa Melayu sunting

Bahasa Istana Tafsiran
Almarhum Allahyarham
ampun kurnia maaf
anugerah beri; hadiah
baginda dia (rakyat menyapa raja)
beradu tidur
berangkat berlepas; bertolak
mencemar duli berjalan; pergi ke
berkenan sudi / suka akan
berputera melahirkan anak lelaki
bersabda berkata
bersiram mandi
bertitah berkata/menyuruh
beta saya (raja)
daulat bahagia
gering sakit
hari keputeraan hari jadi seseorang
hulu kepala
iram-iram payung
kaus kasut
kurnia beri; hadiah
mahkota topi
makam kubur
mangkat meninggal dunia
menghadap menjumpai
murka marah
patik saya (rakyat menghadap raja)
peraduan tempat tidur
permaisuri isteri baginda
putera anak lelaki baginda
puteri anak perempuan baginda
santap makan
semayam duduk; tinggal
sembah memberi salam
singgahsana kerusi
titah kata; perintah

Kata ganti nama diri sunting

Dalam bahasa dalam, kedua-dua pihak penutur menggunakan rujukan yang berbeza mengikut gelaran dan pangkat seseorang itu. Hal ini berbeza dengan bahasa dalam Malaysia dan bahasa dalam Brunei.

Di Malaysia, kesemua ahli kaum kerabat diraja dirujuk sebagai tuanku apabila orang kebanyakan mengadap mereka. Untuk kata ganti nama diri bagi kaum kerabat diraja ialah baginda. Ahli kaum kerabat diraja merujuk diri sendiri sebagai beta.

Di Brunei pula, pertuturan antara kaum kerabat diraja dan orang kebanyakan lebih mendalam bergantung kepada pangkat orang kebanyakan dan gelaran kaum kerabat diraja.

Sultan merujuk dirinya sebagai beta dan dirujuk sebagai baginda untuk kata ganti diri orang ketiga. Apabila orang kebanyakan yang tiada gelaran mengadap Sultan, mereka akan rujuk Sultan sebagai Kebawah Duli Tuan Patik dan menggelar diri mereka sebagai Hamba Kebawah Duli Tuan Patik. Bertentangan dengan bahasa dalam di Malaysia, patik digunakan oleh ahli kaum kerabat diraja apabila mengadap Sultan dan Raja Isteri.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting