Baiduri sepah (juga dipanggil mata harimau atau mata rimau) ialah sejenis batu permata merlip yang biasanya sejenis batuan metamorfosis dengan warna emas ke merah-perang dan kilau sutera. Seperti kuarza yang lain, baiduri bulan dan juga batu mata helang yang berwarna biru peroleh rupa yang seakan sutera dan relap daripada saling pertumbuhan selari hablur kuarza dan serabut amfibol terubah yang telah bertukar menjadi limonit.[1][2]

Baiduri sepah

Maklumat am
KategoriMineral
Formula kimiaSilica (silikon dioksida, SiO2)
Pengecaman
Kekerasan skala Mohs5.5 - 6
KilauSutera
Graviti tentu2.64 – 2.71
"Photograph of a chunk of rock containing horizontal bands which contain golden fibers which are positioned vertically within the bands"
Baiduri sepah yang belum digilap dari Afrika Selatan
"Photograph of a polished ovoid stone with bands containing shimmering golden fibers"
Baiduri sepah bujur dengan jejalur besi

Bentuk-bentuk lain baiduri sepah sunting

 
Besi harimau

Besi harimau ialah batuan terubah terdiri daripada baiduri sepah, jasper merah dan hematit hitam. Jejalur warna dan relap yang beralun dan berbeza-beza warna membuatkan ia motif yang cantik untuk digunakan sebagai barang kemas dan barangan perhiasan. Besi harimau ialah bahan perhiasan yang popular dan digunakan dalam pelbagai cara, seperti manik mahupun hulu pisau.

Besi harimau dilombong kebanyakannya di Afrika Selatan dan Australia Barat. Baiduri sepah terdiri kebanyakannya daripada silikon dioksida (SiO2) dan warna datang daripada oksida besi. Graviti tentu julat antara 2.64 ke 2.71.[3] Ia terhasil daripada perubahan krokidolit.

 
Baiduri sepah serpentin dari Arizona

Endapan serpentin jejalur serabut krisotil merlip yang jarang dijumpai telah ditemui di Arizona dan California, Amerika Syarikat. Ia telah dipotong dan dijual dengan nama "baiduri sepah Arizona" dan "baiduri sepah California"Nama dagangan pietersite digunakan kalsedoni yang retak atauterbreksia mengandungi serabut amfibol dan dipromosikan sebagai baiduri sepah dari Namibia dan China.[4]

Sumber sunting

Sumber-sumber utama baiduri sepah ialah Australia, Burma, India, Namibia, Afrika Selatan, Amerika Syarikat,[5] Brazil, Canada, China, Korea dan Sepanyol.

Dari segi budaya sunting

Dalam beberapa tempat di dunia, batu ini dipercayai dapat melindungi daripada mata syaitan (hasad dengki). [6]

Potongan, jagaan dan tiruan sunting

Permata ini selalunya diberikan potongan kaboson untuk peragakan merlip batu. Batu merah terhasil daripada rawatan haba yang lembut. Batu yang gelap dicerahkan untuk mencantikkan warna menggunakan rawatan asid nitrik.[7]

Batu-batu berwarna kuning madu digunakan untuk menyerupai krisoberil (simofana) yang lebih berharga, tetapi ia tidak selalu nampak sama. Kaca gentian optik buatan ialah tiruan biasa kepada baiduri sepah, dan dihasilkan dengan pelbagai warna.

Rujukan sunting

  1. ^ "Tiger's Eye". mindat.org. Dicapai pada 16 May 2016.
  2. ^ Heaney, Peter; Fisher, Donald (April 2003). "New interpretation of the origin of tiger's-eye". Geology. 31 (4): 323–326. doi:10.1130/0091-7613(2003)031<0323:NIOTOO>2.0.CO;2. Dicapai pada 16 May 2016.
  3. ^ Listing of SG of gems and gem simulants Error in Webarchive template: Empty url., Berkeley.edu
  4. ^ Pietersite on Mindat.org
  5. ^ Schumann, Walter (2009). Gemstones of the World (ed. Fourth). New York, New York: Sterling Publishing. m/s. 140. ISBN 978-1-4027-6829-3.
  6. ^ The Encyclopedia of Superstitions By Richard Webster, p.257
  7. ^ O'Donoghue, Michael (1997). Synthetic, Imitation, and Treated Gemstones. Boston, Massachusetts: Butterworth-Heinemann. m/s. 125–127. ISBN 0-7506-3173-2.

Pautan luar sunting

  • [1] New interpretation of the origin of tiger's-eye: Comment and Reply