Baju panas (bahasa Inggeris: sweater atau jumper[1]) ialah pakaian bahagian atas badan yang dipakai melapisi baik suatu pakaian dalam (seperti kemeja, blaus, kemeja T dan sebagainya) ataupun kulit dengan tujuan memanaskan atau menebat haba badan si pemakai.[2] Ia lazimnya dihasilkan melalui pengaitan gentian tertentu; bulu bebiri pernah menjadi kebiasaan namun kapas, gentian sintetik atau bahan komposit seumpama juga boleh digunakan kini.

Sehelai baju panas biasa.

Jenis sunting

Terdapat pelbagai jenis baju panas yang wujud mengikut cara ia dipakai:

  • kardigan - dipakai dengan menyemat kancing butang atau zip pada dua-dua belah baju
  • pullover - dipakai dengan menyarungkan atas kepala lalu lolos bukaan khusus sepertimana baju yang biasa[3]
  • rompi (sweater vest) - sejenis baju panas tanpa lengan dan berbukaan besar untuk memudahkan ia dipakai menyarungi kemeja berkolar dalam persekitaran tertentu

Baju panas yang sejenis boleh didapati dalam rekaan berbeza-beza mengikut citarasa:

  • berleher tinggi (turtleneck atau polo neck): leher baju yang dijahit melipat sambil merapati dan menutupi leher
  • berleher bulat (crewneck atau roundneck): membulat di bawah leher dan atau kerongkong pemakai
  • berleher V: bukaan yang khusus untuk menampakkan kolar baju kemeja
  • bertopi/berserkup (hooded): dipasangkan suatu serkup untuk melindungi pemakai daripada cuaca sangat sejuk - baju panas jenis ini turut diberi nama hoodie ([hu.di]).

Galeri contoh sunting

Rujukan sunting

  1. ^ jumper in Collins English Dictionary: "a knitted or crocheted garment covering the upper part of the body"
  2. ^ "'baju panas' - Maklumat Kata". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 17 Februari 2020.
  3. ^ rekaan t-shirt popular masa kini