Penyakit balanitis adalah keradangan pada kelenjar zakar yang boleh menyebabkan prepus melekat kepadanya. Penyakit ini boleh berlaku pada lelaki, baik yang berkhatan mahupun yang tidak. Penyakit balanitis dipercayai berlaku lebih kerap di kalangan kanak-kanak tidak berkhatan, walaupun sebuah kajian oleh R.S. Van Howe pada tahun 1997 mendapati bahawa "kanak-kanak berkhatan lebih cenderung mendapat balanitis" [1].

Balanitis
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Keradangan kelenjar zakar dan mukosa preputial zakar yang disunat
PengkhususanUrologi
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Penyakit balanitis

Kebanyakan kajian mengenai penyakit balanitis tidak memeriksa tabiat mencuci kemaluan oleh subjek; kajian Birley et al. pada tahun 1993 mendapati bahawa mencuci secara berlebih-lebihan dengan menggunakan sabun merupakan faktor utama yang menyumbang kepada penyakit balanitis. Dalam pemeriksaan lebih daripada 100 kes penyakit balanitis pada tahun 1989, Escala dan Rickwood mendapati: "Risiko untuk seorang kanak-kanak yang tidak berkhatan tidak melebihi 4%... Polisi berkhatan neonatal untuk mengelakkan aduan prepus sukar diterima. Tidak terdapat bukti bahawa penyakit balanitis mengakibatkan fimosis."

Pautan luar sunting