Bsndar Tua merupakan sebuah kampung yang terletak di tepi Sungai Perak. Bandar Tua tercatat dalam sejarah Perang Perak 1875 semasa tentera Inggeris pimpinan Kapten Innes dan Kapten Abbot menyerang Datuk Maharaja Lela di Pasir Salak.

Pertempuran hebat terjadi di Bandar Tua. Kisah pertempuran ini ada diceritakan dalam novel Pahlawan Pasir Salak oleh novelis Ismail Sarbini.