Batik Besurek ialah batik khas Bengkulu yang bermotifkan kaligrafi Arab. Pada umumnya, batik ini menpunyai ciri khas kaligrafi dengan menggunakan bunga rafflesia sebagai motifnya. Rafflesia merupakan lambang khas Bengkulu.

Etimologi sunting

Batik Besurek dinamakan demikian kerana batik ini menggunakan motif-motif bertulisan kaligrafi Arab. Besurek ialah bahasa Melayu dialek Bengkulu yang bermaksud "bersurat" atau "tulisan".

Sejarah sunting

Batik Besurek diperkenalkan oleh pedagang Arab dan pekerja yang berasal dari India pada abad ke-17 kepada masyarakat di Bengkulu. Seiring dengan perkembangannya, seni dalam membuat motif pada kain tersebut dipadukan dengan tradisi Indonesia yang memiliki ciri khas Bengkulu.

Berdasarkan data Dinas Koperasi PPKM Kota Bengkulu, Batik Besurek mula dikeluarkan oleh pengusaha sejak tahun 1988. Elly Sumiati dan Doni Roesmandai merupakan dua pengusaha Batik Besurek yang menjadi pelopor batik ini di Kota Bengkulu.[1]

Motif sunting

Berikut adalah beberapa motif yang biasa digunakan dalam Batik Besurek:

  • Motif kaligrafi merupakan motif yang diambil daripada huruf-huruf kaligrafi. Batik Besurek untuk upacara adat bertuliskan huruf Arab yang dapat dibaca dan memiliki makna, namun sebahagian besar hanya berupa hiasan mirip huruf Arab yang tidak memiliki makna yang jelas.
  • Motif rafflesia merupakan motif bergambar padma raksasa khas Bengkulu. Motif ini sebagai motif utama kain besurek selepas kaligrafi.
  • Motif burung kuau merupakan kain besurek bergambar burung kuau yang berupa rangkaian huruf-huruf kaligrafi.
  • Motif relung kaku ialah motif Batik Besurek dengan bentuk meliuk-liuk seperti tumbuhan paku.
  • Motif rembulan pula ialah motif yang dibuat melalui gabungan gambar bulan dengan motif kaligrafi.


Rujukan sunting

Pautan luar sunting



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.