Joseph Robinette "Beau" Biden III (3 Februari 1969 – 30 Mei 2015) ialah seorang ahli politik, peguam Amerika Syarikat dan pegawai Kor Pendakwa Jeneral Tentera Darat dari Wilmington, Delaware. Beliau berkhidmat sebagai Peguam Negeri Delaware dan seorang Mejar dalam Pengawal Kebangsaan Tentera Delaware. Beliau merupakan anak sulung dari tiga anak hasil perkahwinan presiden Joe Biden dan isteri pertamanya, Neilia Hunter Biden.

Beau Biden
Biden pada 2013
Ketua Peguam Negeri Delaware ke-44
Dalam jawatan
2 Januari 2007 – 6 Januari 2015
GabenorRuth Ann Minner
Jack Markell
Didahului olehCarl Danberg
Digantikan olehMatthew Denn
Butiran peribadi
LahirJoseph Robinette Biden III
(1969-02-03)3 Februari 1969
Wilmington, Delaware, A.S.
Meninggal dunia30 Mei 2015(2015-05-30) (umur 46)
Bethesda, Maryland, U.S.
Sebab kematianKanser otak
Parti politikDemokrat
PasanganHallie Olivere (k. 2002)
Anak-anak2
Ibu bapaJoe Biden (bapa)
Neilia Hunter Biden (ibu)
SaudaraHunter Biden (adik)
PendidikanUniversiti Pennsylvania
Universiti Syracuse
Laman web rasmiLaman web rasmi
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Tentera Darat Amerika Syarikat
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Darat Amerika Syarikat
  • Pengawal Kebangsaan Tentera Delaware
Tahun perkhidmatan2002–2015
Pangkat Mejar
UnitBriged Signal ke-261
PertempuranPerang Iraq
AnugerahLegion of Merit
Bronze Star Medal

Pada 18 Disember 1972, ibu Beau, Neila dan adiknya Naomi yang berusia 13 bulan maut dalam satu kemalangan ketika membeli-belah untuk sambutan Krismas. Beau pada ketika itu berumur empat tahun dan adiknya Hunter berumur tiga tahun. Kedua-duanya berada di dalam kenderaan ibu mereka ketika kemalangan itu berlaku tetapi terselamat walaupun mengalami kecederaan kritikal. Beau patah tulang manakala Hunter mengalami kecederaan pada tengkoraknya. Mereka menghabiskan beberapa bulan di hospital di mana bapa mereka dilantik sebagai Senator A.S. pada Januari 1973.[1][2][3]

Menurut beberapa sumber, Beau dan Hunter mendorong bapa mereka untuk berkahwin lagi sehinggakan bertanya "bila 'kami' akan berkahwin."[4] Pada bulan Jun 1977, Beau yang berusia lapan tahun menerima Jill Jacobs sebagai "ibu kedua." Adik tirinya, Ashley dilahirkan pada tahun 1981.[5]

Beau berkahwin dengan Hallie Olivere pada tahun 2002. Mereka mempunyai seorang anak perempuan dan anak lelaki—Natalie Naomi Biden dan Robert Hunter Biden II—masing-masing lahir pada tahun 2004 dan 2006.[6][7]

Untuk beberapa tahun terakhir riwayat Beau, beliau menderita tumor otak.[8][9] Pada bulan Mei 2010, beliah dimasukkan ke Hospital Christiana di Newark, Delaware setelah mengadu sakit kepala, kekebasan dan lumpuh. Beliau dikatakan menderita "angin ahmar ringan."[9][10] Pada bulan itu juga, Beau dipindahkan ke Hospital Universiti Thomas Jefferson di Philadelphia dan diletakkan di bawah pemerhatian untuk beberapa hari.[10]

Pada bulan Ogos 2013, Biden dimasukkan ke Pusat Kanser Universiti Texas MD Anderson di Houston dan didiagnosis menghidap kanser otak setelah mengalami apa yang dipanggil oleh pegawai Rumah Putih sebagai "episod disorientasi dan kelemahan."[11] Beau menjalani rawatan radiasi dan kemoterapi serta kansernya tetap stabil. Pada 20 Mei 2015, beliau dimasukkan ke Pusat Perubatan Tentera Kebangsaan Walter Reed di Bethesda, Maryland kerana pengulangan kanser otak. Beliau meninggal dunia di sana 10 hari kemudian, pada 30 Mei 2015, pada usia 46 tahun.[12] Pengebumiannya diadakan di Gereja Roman Katolik St. Anthony of Padua Roman Church Church di Wilmington, Delaware pada 6 Jun 2015.[13] Beliau dikebumikan di St. Joseph's on the Brandywine di Greenville, Delaware.[8]

Pengebumian Beau dihadiri oleh Presiden Barack Obama dan isteri Michelle Obama serta anak perempuan mereka Malia dan Sasha termasuk bekas presiden Bill Clinton dan isteri Hillary Clinton. Ketua Turus Tentera A.S., Jeneral Ray Odierno dan Ketua Majoriti Senat, Mitch McConnell turut hadir. Pada pengebumian itu, Beau dianugerahkan anugerah Legion of Merit oleh Jeneral Odierno atas jasanya dalam Perang Iraq. Presiden Obama menggambarkan Beau sebagai orang yang "asli. Beliau ialah orang yang baik. Beliau melakukannya dalam 46 tahun yang tidak dapat dilakukan oleh kebanyakan kita dalam 146." Pada misa pengebumiannya, persembahan solo lagu "Til Kingdom Come" dipersembahkan oleh Chris Martin, penyanyi utama kumpulan Coldplay. Beau pernah menjadi peminat mereka.[14]

Rujukan sunting

  1. ^ Kruse, Michael (January 25, 2019). "How Grief Became Joe Biden's 'Superpower'". Politico.
  2. ^ Benac, Nancy (August 18, 2019). "Biden's prism of loss: A public man, shaped by private grief". Associated Press.
  3. ^ Thrush, Glenn (December 29, 2015). "Remembering Beau Biden". Politico.
  4. ^ Seelye, Katharine Q. (August 24, 2008). "Jill Biden Heads Toward Life in the Spotlight". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada December 10, 2008. Dicapai pada August 25, 2008.
  5. ^ "A timeline of U.S. Sen. Joe Biden's life and career". San Francisco Chronicle. Associated Press. August 23, 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada September 25, 2008. Dicapai pada September 6, 2008.
  6. ^ "Attorney General Joseph Robinette 'Beau' Biden III (DE)". Vote Smart. Dicapai pada August 26, 2008.
  7. ^ Banks, Adelle M. (August 24, 2008). "Biden provides Catholic link, but renews abortion debate". USA Today. Religion News Service. Dicapai pada August 26, 2008.
  8. ^ a b Kane, Paul (May 30, 2015). "Beau Biden, vice president's son, dies of brain cancer". The Washington Post. Dicapai pada December 18, 2020.
  9. ^ a b Shearmay, Michael D. (May 30, 2015). "Joseph R. Biden III, Vice President's Son, Dies at 46". The New York Times.
  10. ^ a b Barish, Cris (August 21, 2013). "Beau Biden awaits cancer results". The News Journal. Wilmington, Del.
  11. ^ Bernstein, Lenny (May 31, 2015). "Brain cancers like Beau Biden's kill about 15,000 adults each year". The Washington Post.
  12. ^ "Beau Biden, son of Vice President Joe Biden, dies of brain cancer". Fox News. May 31, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada July 12, 2015. Dicapai pada May 31, 2015.
  13. ^ "Funeral Service for Beau Biden". C-SPAN. June 6, 2015. Dicapai pada October 4, 2020.
  14. ^ Blistein, Jon (June 7, 2015). "Chris Martin Performs Til Kingdom Come' for Beau Biden". Rolling Stone. Dicapai pada December 18, 2020.

Pautan luar sunting

Jawatan undang-undang
Didahului oleh
Carl Danberg
Peguam Negara bagi Daerah Delaware
2007–2015
Diikuti oleh:
Matthew Denn