Bedak sejuk (Jawi: بدق سجوق) merupakan sejenis bahan rawatan tradisional yang berasal dari kepulauan Melayu. Bedak sejuk diperbuat daripada beras dan lazimnya dibuat dalam bentuk biji-biji (tetapi ada juga dalam bentuk serbuk) yang dilarutkan dengan air lalu disapukan pada badan, terutamanya bahagian muka sebagai pupur muka. Tujuan utama penggunaan bedak sejuk ialah menyejukkan badan, melicinkan kulit, mengurangkan minyak pada muka (dan justeru membasmi jerawat), serta menanggalkan sel kulit.[1]

Cara membuat sunting

Pembuatan bedak sejuk haruslah memilih beras yang berkualiti. Beras hendaklah direndamkan dalam air bekas tertutup selama empat bulan, malah air harus ditukar-tukar sepanjang tempoh tersebut. Selepas tamat tempoh, beras yang terendam menjadi lembik dan tidak berbiji lagi.

Beras yang lembik kemudian dibubuh sedikit air dan dilenyekkan. Boleh juga diharumkan dengan menambah sedikit air mawar. Beras lenyek kemudian dititik-titikkan menjadi biji-biji di atas kain lalu dijemurkan di tengah panas terik sehingga kering dan keras. Akhirnya disimpan di dalam bekas kedap udara. Boleh diwangikan lagi dengan meletakkan daun pandan sekali ke dalam bekas.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Kebaikan Bedak Sejuk — Apa Itu Bedak Sejuk?". The Covets. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-17. Dicapai pada 2017-11-17.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.