Bepang pulut

snek diperbuat daripada beras

Bepang Pulut ialah sejenis makanan manis dan rangup yang sedap dimakan. Ia diperbuat daripada beras yang bersalut gula cair. Bepang pulut sedap dimakan begitu sahaja.

Latar sunting

Bepang pulut merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat popular di sekitar Universiti Selangor. Walaupun demikian, ketika ini bepang pulut boleh didapati di pasaraya-pasaraya dan pasar tani pada bila-bila masa kerana sambutan orang ramai yang menggalakkan. Sambutan yang menggalakkan juga dari pasangan-pasangan raja sehari yang menjadikan bepang sebagai barang hantaran.

Resipi sunting

Secara amnya, bepang pulut diperbuat hanya dari beras pulut dan gula melaka sahaja. Bepang pulut juga digemari kanak-kanak kerana rasanya yang manis. Cara-cara membuat bepang pulut:

Bahan-bahan
Peralatan

Cara-cara pembuatan sunting

  1. Beras pulut dibersihkan, dikukus sehingga masak dan dijemur hingga kering sepenuhnya.
  2. Beras pulut ditumbuk hingga menjadi butiran, diangkat dan disejukkan.
  3. Masak gula melaka dengan air.
  4. Selepas mendidih ,campurkan bertih ke dalam kuali dan gaul sehingga sebati.
  5. Selepas masak, angkat dan letakkan ke dalam bekas acuan.
  6. Ratakan dengan penggiling, potong dan bungkus.

Trivia sunting

  • Teks disediakan oleh Puan Minah binti Osman dengan bantuan pihak-pihak tertentu. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting