Bom panduan laser (LGB) adalah sejenis bom panduan yang menggunakan panduan laser separa aktif untuk menghentam sasaran bertanda pada ketepatan yang lebih baik berbanding bom tanpa panduan. Ia mula dibangunkan oleh Amerika Syarikat semasa Perang Vietnam, bom panduan laser dengan pantas membuktikan nilainya dalam serangan tepat ke atas sasaran-sasaran titik yang sukar. Senjata ini menggunakan elektronik yang dibawanya untuk menjejak sasaran yang ditanda dengan laser, biasanya menggunakan spektrum infra merah, dan mengubah laluan peluncurannya untuk menghentam sasaran dengan tepat. Oleh kerana senjata ini menjejak tanda cahaya, dan bukannya objek itu sendiri, sesebuah sasaran mesti dicahayakan dengan menggunakan sumber berasingan, sama ada oleh pasukan di darat, sebuah pod yang dibawa oleh pesawat yang menyerang, atau pesawat sokongan yang berasingan.

Sebuah GBU-24 sebelum menghentam sebuah bot kecil dalam satu latihan

Data menunjukan 28,000 buah bom panduan laser telah digugurkan di Vietnam dan menghentam hampir 50% sdarinya, meskipun laser disasarkan melalui tingkap sisi di tempat duduk belakang dari pesawat lain semasa penerbangan. Bom-bom tanpa panduan hanya mempunyai ketepatan sekitar 5.5% per misi, yang mana biasanya melibatkan sejumlah besar munisi. Disebabkan mempunyai ketepatan yang tinggi, munisi panduan laser boleh membawa kurang bahan letupan dan menyebabkan kerosakan kollateral yang lebih rendah berbanding munisi tanpa panduan. Pada hari ini, bom-bom panduan laser merupakan salah satu bom-bom panduan yang paling biasa dan banyak digunakan oleh kebanyakan tentera udara di dunia.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Petikan sunting

  1. ^ "Bursts of Brilliance - The Washington Post".

Bibliografi sunting

  • Clancy, Tom (1996). "Ordnance: How Bombs Got 'Smart'". Fighter Wing. London: HarperCollins, 1995. ISBN 0-00-255527-1.

Pautan luar sunting