Brunei di Sukan Olimpik

Brunei, sebagai Brunei Darussalam, pertama kali menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1988, dengan seorang pegawai tunggal tetapi tiada atlet. Negara ini kembali dan menghantar atlet untuk bertanding dalam Sukan Olimpik Musim Panas pada tahun 1996, 2000 dan 2004. Pada setiap temasya, ia diwakili oleh seorang atlet.[1] Brunei tidak pernah memenangi pingat Olimpik dan tidak menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk .

Brunei di
Sukan Olimpik
Kod IOCBRU
NOCMajlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
Laman sesawangwww.bruneiolympic.org
Pingat
Emas
0
Perak
0
Gangsa
0
Jumlah
0
Penampilan Sukan Olimpik (keseluruhan)

Pada Sukan Olimpik Musim Panas 2008, Brunei pada asalnya bercadang untuk mengambil bahagian, tetapi telah disingkirkan pada hari upacara pembukaan selepas gagal mendaftarkan mana-mana atlet dengan IOC. [2]

Sehingga tahun 2010, Brunei bersama-sama dengan Arab Saudi dan Qatar, salah satu daripada tiga negara yang tidak pernah menghantar atlet wanita ke Sukan Olimpik, walaupun hanya mempunyai empat atlet Olimpik sebelum ini. Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 2010 mengumumkan akan "menekan" negara-negara ini untuk membenarkan dan memudahkan penyertaan wanita. Pada Sukan Olimpik Belia yang julung kali diadakan pada 2010, yang mana pasukan campuran menjadi keperluan, delegasi Brunei seramai tiga orang termasuk dua wanita (Amanda Jia Xin Liew dalam renang dan Maziah Mahusin dalam lari berpagar).[3]

Pada Mac 2012, Brunei memaklumkan kepada IOC bahawa mereka berhasrat untuk menghantar Maziah Mahusin untuk bertanding di London. Walaupun beliau tidak mungkin memenuhi piawaian kelayakan untuk temasya tersebut, beliau akan dapat bertanding berkat prinsip kesejagatan Sukan Olimpik, yang menyatakan bahawa "NOC mempunyai kemungkinan untuk memasukkan atlet yang tidak layak dalam olahraga dan renang sekiranya mereka tidak mempunyai atlet yang layak dalam sukan ini".[4][5]

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Brunei telah diwujudkan pada tahun 1984 dan diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada tahun yang sama.

Peserta sunting

Sukan Olimpik Musim Panas sunting

Sukan  
1996
 
2000
 
2004
 
2008
 
2012
 
2016
 
2020
Atlet
Olahraga 1 1 2 2 1 7
Badminton 1 1
Menembak 1 1 2
Renang 1 1 2
Sukan  
1996
 
2000
 
2004
 
2008
 
2012
 
2016
 
2020
Atlet

Jadual pingat sunting

Pingat dalam Sukan Olimpik Musim Panas sunting

Temasya Atlet Emas Perak Gangsa Jumlah pangkat
  Atlanta 1996 1 0 0 0 0
  Sydney 2000 2 0 0 0 0
  Athena 2004 1 0 0 0 0
  Beijing 2008 tidak mengambil bahagian
  London 2012 3 0 0 0 0
  Rio de Janeiro 2016 3 0 0 0 0
  Tokyo 2020 2 0 0 0 0
  Paris 2024 acara masa hadapan
  Los Angeles 2028
Jumlah 0 0 0 0

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

  • "Brunei Darussalam". International Olympic Committee. 27 July 2021.
  • "Brunei". Olympedia.com.
  • "Olympic Analytics/BRU". olympanalyt.com.