Buloh Kasap

Mukim di Segamat, Johor, Malaysia

Bandar Buloh Kasap ialah sebuah bandar di Daerah Segamat, Johor, Malaysia.

Sejarah sunting

Nama Bandar Buloh Kasap diambil sempena sejenis buluh yang banyak terdapat di sini sewaktu mula-mula dibuka. Dikatakan rumpun buluh tersebut banyak didapati dikawasan pangkalan lama dan kawasan jambatan lama dan pasar lama Buluh Kasap. Buluh kasap diambil daripada perkataan Melayu yang bermaksud 'Buluh yang mempunyai ruas yang kasar'.

Jambatan Bersejarah Bandar Buloh Kasap sunting

Jambatan Buloh Kasap telah dibina oleh kerajaan Johor semasa pembinaan rangkaian Jalan Persekutuan No. 1 dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam. Dibina bermula 1928 dan siap sepenuhnya pada 1936. Walau bagaimanapun pada 15 Januari 1942, Tentera Berikat yang pada ketika itu sedang berundur ke selatan terpaksa meletupkan sebahagian jambatan semasa Kempen Peperangan Malaya bagi menyekat dan melambatkan kemaraan tentera Jepun ke Singapura. Walaupun sudah diletupkan, sapper tentera Jepun membaikpulih jambatan itu dan digunakan semula. Selepas tamat perang dunia kedua, jambatan itu dibaikpulih sehinggalah jambatan baru dibina bersebelahan jambatan bersejarah ini pada tahun 60an. Jambatan lama Buloh Kasap masih ada sehingga kini dan dikenali sebagai 'Jambatan Putus'.

Penduduk terkenal sunting

Datin Seri Normala Shamsuddin, bekas pengacara TV3 telah dibesarkan di Kampung Kuing Patah, Buloh Kasap, Segamat. Selain itu, beliau juga adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Batu Anam

Abdul Talib Mohd Hassan (lahir 11 Oktober 1947), novelis terkenal dengan karya SAGA (1976) , SAGA 2 (1993), SAGA 3 (2003) dan pesara guru SK Spang Loi. Beliau berasal Perak dan menyambung pelajaran di Maktab Perguruan harian, Teluk Intan sebelum berkhidmat di SK Spang Loi bermula tahun 1969. Antara karya-karya beliau ialah

(1989) Warisan, Wajah- wajah di pelangi

(1990) Jelaga, Cinta Semalam, Primadona

(1991) Pelarian, Bebayang Ungu, Mimah, Mega-Mega,Sinar di Sebalik Kabus, Destini Kasih, Ika, Airiani

(1992) Di Rahang Sumpah.

(1993) Sutera dalam Lukisan

(1994) Jerebu

(1997) Khailee

(2001) Kompilasi Destini Kasih, Kompilasi Sekuntum Bunga Sena.

(2005) Diari Hati

Kawasan Perumahan dan Kampung dalam Bandar Buloh Kasap segamat sunting

  1. Kampung Teluk Kelubi
  2. Kampung Batu Lima
  3. Kampung Tandong
  4. Kampung Kuala Tandong
  5. Kampung Sanglang
  6. Kampung Teluk Limau Hantu
  7. Kampung Bukit Tangkong
  8. Kampung Serdang
  9. Kampung Bukit Keman
  10. Kampung Kuing Patah @ Kruing Patah
  11. Kampung Lubuk Kasai
  12. Kampung Baru (Perkampungan Cina)
  13. Taman Wijaya
  14. Taman Mewah
  15. Taman Bukit Makmur
  16. Taman Hasfa Tunas
  17. Taman Suria
  18. Taman Rebana
  19. Taman Buluh Kasap
  20. Taman Astaka Jaya
  21. Kampung Seberang Stesen
  22. Rumah Kilat (Perumahan Kos Rendah)
  23. Kampung Bukit Tangkong
  24. Kampung Teluk Gombang
  25. Kampung Tangga Batu
  26. Kampung Merlimau

Pekan berdekatan sunting

  1. Bandar Segamat
  2. Pekan Jementah
  3. Pekan Batu Anam
  4. Pekan Jabi

Koordinat: 2°33′N 102°46′E / 2.550°N 102.767°E / 2.550; 102.767

Rujukan sunting