Burung Kuang Cermin

Kuang-Cermin Gunung ataupun Burung Kuang Cermin adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai burung Merak Pongsu Gunung‎. Nama sainsnya ialah Polyplectron inopinatum.[1] Ia bersaiz serdahana , sehingga sepanjang 65 cm, burung pheasant perang kehitaman dengan ocelli kecil dan pelepah ekor semakin berpanjangan. Kedua jantina memiliki rupa yang serupa. Burung jantan memiliki ocelli biru berkilauan pada bahagian atas, ocelli biru pada dua puluh pelepah ekor dan dua taji pada kakinya. Burung betina memiliki ocelli hitam pada bahagian atas badan, kaki tanpa taji dan ekor dengan lapan belas bulu pelepah. Burung betina kecil sedikit dan agak kelabu berbanding burung jantan.

Burung Kuang Cermin
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. inopinatum
Nama binomial
Polyplectron inopinatum
(Rothschild, 1903)
Sinonim

Chalcurus inopinatus Rothschild, 1903

Ciri-ciri sunting

Burung Kuang Cermin ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Kuang Cermin adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Kuang Cermin tidak bergigi.

Makanan sunting

Burung Kuang Cermin merupakan sejenis burung pemakan serangga. Makanannya terdiri dari beri, kumbang dan semut.

Pembiakan sunting

Burung Kuang Cermin membiak dengan bertelur. Telur Burung Kuang Cermin bercangkerang keras.

Habitat sunting

Burung Kuang Cermin merupakan burung yang pemalu dan sukar ditemui, burung Kuang Cermin tersebar dan merupakan burung tempatan di hujan gunung Semenanjung Malaysia.

Akibat kehilangan habitat, populasi kecil dan julat terhad, burung Kuang Cermin dinilai sebagai speseis terancam ("Vulnerable species" dalam Daftar Merah IUCN bagi Spesies Terancam. Ia disenaraikan pada Lampiran III CITES di Malaysia.

Rujukan sunting

  • "Polyplectron inopinatum". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Database entry includes a range map and justification for why this species is vulnerable
  • Kimball, Rebecca T.; Braun, Edward L.; Ligon, J. David; Lucchini, Vittorio & Randi, Ettore (2001): A molecular phylogeny of the peacock-pheasants (Galliformes: Polyplectron spp.) indicates loss and reduction of ornamental traits and display behaviours. Biol. J. Linn. Soc. 73(2): 187–198. HTML abstract

Pautan luar sunting


Senarai burung  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z