Busut Bonang ialah filem komedi seram Malaysia 2019 arahan Khalid Nadzri dengan idea asal oleh Siti Jasmina Ibrahim terbitan Alfanazra Productions.[1] Filem ini ditayangkan pada 19 Disember 2019.[2][3][4]

Busut Bonang
PengarahKhalid Nadzri
PenulisSiti Jasmina Ibrahim
Dihasilkan oleh
  • Sabri Nadzri
  • Khalid Nadzri
  • Rosniza Zainal (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiHelmi Yusof
Disunting olehShamsul Zain
Syarikat
penerbitan
Alfanazra Productions
Tarikh tayangan
19 Disember 2019
Masa tayangan
96 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Plot sunting

Arwah Cikgu Hassan ditemui mati dalam keadaan yang menggerikan di Kampung Bonang. Sejak kejadian itu buah mulut tersebar dalam kalangan orang kampung bahawa arwah berkeliaran menuntut pewaris baru. Sementara itu Julia anak kepada Arwah Cikgu Hassan sering tidak sihat dan mengalami gangguan makhluk halus.

Sementara itu, Joey pemilik rancangan televisyen Merungkai Misteri telah dipanggil untuk mencari kebenaran di sebalik semua kejadian itu dan membersihkan nama keluarga arwah Cikgu Hassan, dan untuk tujuan itu Joey telah menculik Lutfy dibawa ke Kampung Bonang untuk dijadikan krunya.

Lutfy hanyalah seorang penjual jeruk berhajat mahu mencuba pekerjaan baru dan datang ke sesi temuduga, namun diperdaya hingga ke Kampung Bonang. Kejadian menjadi semakin misteri apabila Julia, Lutfy dan Joey dalam perjalanan mereka ke untuk menyiasat ke Busut telah ditutup pandangan oleh Penunggu Busut hingga mereka sesat.

Pelakon sunting

  • Nadzmi Adhwa sebagai Lutfy
  • Along Eyzendy sebagai Joey
  • Jasper Supayah sebagai Julia
  • Rashidah Jaafar sebagai Latipah
  • Sahronizam Noor sebagai Ngah Ali
  • Hairi Safwan sebagai Lokman
  • Abby Nadzri sebagai Aina
  • Badrolshah @ Bard sebagai Salleh
  • Ropie Cecupak sebagai Cikgu Hassan
  • Rosli Mohd Taib sebagai Pemain Bonang
  • Mohd Rafizan sebagai Hantu Busut
  • Zaitun sebagai Hantu Nenek
  • Iman Iskandar sebagai Hantu Budak
  • Aiman Muttaqin sebagai Lelaki Gemuk
  • Mohd Firdaus sebagai Double Stunt

Penerbitan sunting

Busut Bonang diarahkan oleh Khalid Nadzri yang sebelum ini mengarahkan filem sulungnya, Coverina yang dikeluarkan pada 2015, dengan Siti Jasmina Ibrahim dan Aloy Paradoks berkhidmat sebagai penulis skrip.[5][2] Untuk filem ini, beliau mengetengahkan konsep legenda bandar, di mana kepercayaan segelintir masyarakat moden pada zaman ini masih mempercayai perkara-perkara mistik.[2]

Menurut Khalid, pemilihan Busut Bonang sebagai tajuk filem amat sesuai bagi mempromosikan sejenis alat muzik yang digunakan dalam muzik gamelan yang berasal dari perkataan bahasa Jawa.[6]

Penggambaran dijalankan selama 20 hari bermula Januari 2020 di dua lokasi utama di Perak, iaitu Ipoh dan Kuala Kangsar.[2] Antara cabaran yang paling sukar dihadapi oleh Khalid ialah menerapkan dua unsur genre, iaitu seram dan komedi.[2]

Keluaran dan sambutan sunting

Busut Bonang dikeluarkan pada 19 Disember 2019.[2][7] Ia diiklankan sebagai "filem wajib ditonton seisi keluarga dan rakan-rakan".[6]

Azlina Mazli dari mStar Online berkata: "Busut Bonang [...] mencuit hati dengan aksi komedi yang pastinya membuat tidak kering gusi. Malah, babak seramnya juga akan membuatkan anda merinding bulu roma".[6] Azwa Rahman dari Astro Gempak pula berkata: "Jalan cerita filem ini ringkas, tidak terlalu terbelit dan tiada putar belit plot yang boleh buat anda keliru di akhir cerita".[8] Juliana Johar dari Kopiplanet pula berkata: "Busut Bonang merupakan antara filem tempatan terbaik pernah dikeluarkan pada hari ini. Garapan, skrip, lakon layar serta persembahan barisan pelakon utamanya semua cukup serba-serbi malah [...] filem ini mampu menghiburkan penonton daripada pelbagai lapisan umur".[9]

Rujukan sunting

  1. ^ "Kisah pontianak bertenggek atas busut sindir siapa? - Busut Bonang pasti buat anda tidak kering gusi". mStar Online. 12 Disember 2019. Dicapai pada 12 Disember 2019.
  2. ^ a b c d e f Budiey (29 November 2019). "Yang anda perlu tahu tentang filem Busut Bonang". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 29 November 2019.
  3. ^ "Busut Bonang angkat kisah seram rakyat". XTRA. 17 Disember 2019. Dicapai pada 17 Disember 2019.
  4. ^ "Busut Bonang - Apabila saka kampung bonang mengamuk dan menuntut pewaris baru". Galaksi Media. 30 November 2019. Dicapai pada 30 November 2019.
  5. ^ Nisa Irina (30 Disember 2019). "Khalid Nadzri is satisfied with Busut Bonang" [Khalid Nadzri berpuas hati dengan Busut Bonang] (dalam bahasa Inggeris). Cinema Online. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  6. ^ a b c Azlina Mazli (19 Disember 2019). "10 sebab wajib tonton 'Busut Bonang', komedi seram buat anda tiada masa ke tandas!". mStar Online. Dicapai pada 29 Disember 2019.
  7. ^ "Busut Bonang mixes comedy with urban legend mystery" [Busut Bonang penuh komedi dengan misteri legenda bandar] (dalam bahasa Inggeris). Yahoo! News. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  8. ^ Azwa Rahman (12 Disember 2019). "Seram komedi santai! - Ini 4 ssbab kenapa anda perlu menonton filem Busut Bonang". Astro Gempak. Dicapai pada 12 Disember 2019.
  9. ^ Juliana Johar (19 Disember 2019). "Elemen komedi dan seram Busut Bonang menjadi, ketawa 'all the way'". Kopiplanet. Dicapai pada 29 Januari 2020.

Pautan luar sunting