Cameron Alexander Dallas (lahir 8 September, 1994)[perlu rujukan] merupakan personaliti internet dan pelakon Amerika yang dikenali dengan video jenaka Vine dan YouTube.[2] Dallas kemudiannya muncul untuk membintangi filem seperti Expelled dan Outfield.

Cameron Dallas
Kelahiran
Cameron Alexander Dallas

(1994-09-08) 8 September 1994 (umur 29)
Pekerjaan
  • Personaliti internet
  • pelakon
Tahun aktif2012 – kini
Terkenal keranaYouTube, video  Vine, magcon
Ketinggian5 ft 8 in (1.73 m)[1]
TelevisyenChasing Cameron

Kini Cameron membintangi rancangan realiti Netflixnya iaitu Chasing Cameron.

Kerjaya sunting

Dallas memulai kerjayanya pada bulan September 2012 yang memuat naik video vine dirinya melawak dan bergurau dengan rakan-rakan dan keluarganya.[3][4] Pada tahun 2014, Dallas telah mencapai 8.1 juta pengikut di Vine, yang membuatkan dia ke tangga yang ke-11 akaun yang paling diikuti,[5] dan juga 11.3 juta pengikut di Twitter. Di samping itu, Dallas telah meraih kira-kira 21 juta pengikut di Instagram.[6] Pada bulan April tahun 2014, CEO Brian Robbins, AwesomenessTV mengumumkan dia akan membuat filem yang dibintangi oleh Dallas.[7][8] filem bertajuk Expelled, dikeluarkan pada tanggal 12 desember, tahun 2014.[9] Pada Mei 2015, Dallas membintangi dua episod NBC siri televisyen Amerika Odyssey.[10][11]

Kehidupan peribadi sunting

Dallas dilahirkan di Whittier, California.[perlu rujukan] Dia dibesarkan di Chino, California oleh ibunya, Gina Dallas.[perlu rujukan] Dia mempunyai seorang kakak bernama Sierra Dallas, iaitu empat tahun lebih tua daripadanya. Dia telah menggambarkan latar belakangnya sebagai etnik setengah Skotlandia, suku Mexico dan suku jerman.[12]

Filemografi sunting

Filem peranan
Tahun Filem Tajuk Nota
2014 Expelled Felix O'neil
2015 The Frog Kingdom Freddie Peranan suara
2015 The Outfield Frankie Payton

Nota sunting

Rujukan sunting

  1. ^ https://www.thefactsite.com/2016/01/cameron-dallas-facts.html
  2. ^ Ward, Kate (September 26, 2013). "Cameron Dallas Is a 22-Year-Old Vine Celebrity, and You'd Be Shocked How Popular He is". Bustle. Dicapai pada 27 May 2015.
  3. ^ Henderson, Hannah. "The other Cameron: Dallas v David". BBC. Dicapai pada 27 May 2015.
  4. ^ Lehrer, Meaghan. "Why Everyone Loves Social Media Sensation Cameron Dallas". FirstSlice. Dicapai pada 27 May 2015.
  5. ^ Kosoff, Maya. "The 30 Most Popular Vine Stars In The World". Business Insider. Dicapai pada 27 May 2015.
  6. ^ "Top 100 Instagram Profiles by Followers - Socialblade Instagram Stats | Instagram Statistics". Retrieved on 12 January 2017.
  7. ^ Shaw, Lucas. "AwesomenessTV to Produce Movie With Vine Stars Nash Grier, Cameron Dallas". The Wrap. Dicapai pada 27 May 2015.
  8. ^ Eadicicco, Lisa. "Two Teen Stars Of Twitter's Video App Vine Now Have A Movie Deal". Business Insider. Dicapai pada 27 May 2015.
  9. ^ Rapold, Nicolas. "A Comedic Sprinter Tries a Marathon". The New York Times. Dicapai pada 27 May 2015.
  10. ^ Whitney, Alyse. "Vine Star Cameron Dallas Fights with a 'Twilight' Star in His TV Debut". Teen Vogue. Dicapai pada 27 May 2015.
  11. ^ Gonzalez, Sandra. "Vine star Cameron Dallas gets roughed up in 'American Odyssey' sneak peek". Mashable. Dicapai pada 27 May 2015.
  12. ^ Cameron Dallas (@camerondallas) Twitter. Retrieved 03 September 2015.