Chek Da Dato Seri Nara Wangsa

Chek Da Dato Seri Nara Wangsa (18 Jun 1882 – 1934) merupakan seorang pentadbir tradisional kerajaan Terengganu. Beliau lahir pada 18 Jun 1882 di Terengganu sebagai Chek Da Umar bin Chek Mohd. Ali bin Abdul Rahim. Ayahnya Chek Mohd Ali bergelar Dato' Seri Nara Wangsa iaitu gelaran kebesaran pembesar dan pentadbir tradisional kerajaan Terengganu.

Chek Mohd. Ali merupakan pentadbir tradisional kerajaan Terengganu yang akhir sekali memakai gelaran Dato' Seri Nara Wangsa, kerana selepas peranan Dato' Mata-Mata diberikan kepada Chek Da Umar, beliau tidak lagi memakai gelaran Dato' Seri Nara Wangsa. Gelaran baharu yang diberikan kepadanya ialah Dato' Seri Andika Raja.

Rujukan sunting