Cheng Lee Whee seorang aktivis Suaram Johor telah ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 28 ISA oleh Polis IPD Seri Alam atas arahan Ketua Polis Negeri Johor, Datuk Mohd. Mokhtar bin Hj.Mohd Shariff selama 19 jam pada 18 Oktober 2008. Beliau ditahan kerana membuat aduan di Portal Polis Kontinjen Johor (www.polisjohor.gov.my) tentang pengusiran paksa yang berlaku di Kampung Baru Pelentong Tengah (KBPT) pada 10.00 am 16hb Oktober 2008. Beliau merupakan seorang programer komputer. Menurut seksyen itu, mereka yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda RM5,000 atau kedua-duanya.

Seksyen 73 akta ISA pula memperuntukkan seseorang itu boleh ditahan selama 60 hari, sementara Seksyen 8 membenarkan menteri dalam negeri menahan seseorang sehingga dua tahun tanpa perbicaraan.

Beliau ditahan di Balai Polis Seri Alam, Johor, Malaysia. Komputer dan thumb drive turut dirampas oleh pihak polis untuk siasatan lanjut. Surat saman dikeluarkan oleh Inspector Azman Mustafa di Balai Polis Seri Alam. Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Asisten Komisioner Yusof Che Ngah menyatakan kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda sebanyak RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Ketua Polis Johor Baru , Mokhtar Shariff menegaskan perintah reman telah dikeluarkan kerana menyebarkan 'laporan palsu' kononnya polis telah menyalah gunakan kuasa dalam operasi perobohan sebuah kampung setinggan di Johor. 27 orang ditangkap kerana menghalang pelaksanaan perintah mahkamah bagi merobohkan rumah-rumah kosong di Kampung Baru Plentong Tengah. Kononnya pihak polis menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan kereta Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan kenderaan Water Cannon dalam pengusiran paksa itu. [1]

Pada 16 Oktober 2008, jam 10.30 pagi, lebih 200 penduduk termasuk kanak-kanak mempertahankan rumah kediaman mereka di Kampung Baru Pelentong Tengah (KBPT) supaya tidak dirobohkan oleh pihak pemaju. Mereka membina benteng manusia dan duduk dengan aman tanpa sebarang senjata di pintu masuk kampung KBPT. Pihak polis menghantar 553 anggota polis yang terdiri daripada pelbagai unit, termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang dilengkapi kereta air cannon, Unit Udara Polis, Unit Marin Polis, Unit Anjing Pengesan, unit Pemusnah Bom, serta helicopter untuk berhadapan dengan penduduk kampung yang hanya seramai 200 orang penduduk yang tiada sebarang senjata untuk "mengawal" keadaan bagi memastikan proses meroboh beberapa rumah kosong berjalan lancar. Ramai penduduk cedera dalam pengusiran paksa tersebut dan seorang ahli JKB pengsan. [2][3]

Lebih kurang 300 lebih keluarga di situ meminta supaya penempatan baru di Kampung Bukit Dagang, Mukim Sungai Tiram disiapkan dengan kemudahan asas sebelum mereka berpindah.

Pemimpin DAP Skudai, Dr Boo Cheng Hau berharap 27 penduduk kampung yang ditahan dapat dibebaskan seberapa segera.

Pada 17hb Oktober 2008, Cheng Lee Whee telah memberi kerjasama yang baik dengan polis dengan menghadirkan diri di Balai Polis Seri Alam untuk memberi keterangan 112 selepas diminta oleh Pegawai Penyiasat kes aduan polis tersebut iaitu Inspektor Azman Mustafha. Namun, Cheng pula digari dan ditangkap oleh polis selepas itu. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Seri Alam, Mohd Nor Rashid mengumumkan bahawa Cheng ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, seksyen 28 tanpa mempunyai waran dan bukti menyatakan Cheng bersalah.

Pada 18hb Oktober 2008, Sabtu, wakil majistret telah menolak permohonan reman daripada pihak polis di Balai Polis Johor Bahru Central kerana sebab dan bukti penahanan polis terhadap Cheng tidak munasabah dan mengarahkan pihak polis membebaskan Cheng dengan segera.

Komputer riba dan pemacu kilat USB kepunyaan Cheng masih belum dipulangkan walaupun siasatan kes ini sudah selesai. Ketua Polis Negeri Johor, Datuk Mohd. Mokhtar bin Hj.Mohd Shariff mengumumkan bahawa kes siasatan Cheng telahpun tamat pada 28hb Oktober 2008 dalam satu sidang akhbar pada 30hb Oktober 2008.


Sejarah Ringkas tentang KBPT


Kampung Baru Plentong Tengah (KBPT) merupakan sebuah perkampungan Melayu seluas 113 ekar yang terletak di kawasan Pasir Gudang, Johor Bahru dan mempunyai seramai kira-kira 280 buah keluarga. Pada tahun 1985, penduduk-penduduk tersebut mengambil inisiatif untuk meneroka hutan rimba untuk membina rumah sendiri. Sejak penerokaan, penduduk kampung telah memohon geran tanah daripada Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru tetapi tiada apa-apa jawapan. Malangnya, kerajaan negeri pula menukarkan pemilikan tanah tersebut kepada pemaju swasta. Pada tahun 1994, setiap keluarga telah membayar RM3000, jumlah RM820 000 kepada pemaju Oakfield Enterprise, sebagai wang deposit untuk membeli tanah tersebut. Tetapi, pada tahun 1996, pemilikan tanah tersebut pula sekali lagi ditukar kepada Bukit Lenang Development Sdn. Bhd dan syarikat ini mula mengambil tindakan mahkamah untuk mengusir peneroka bandar secara paksaan.

Walaupun Syarikat Bukit Lenang mendapat perintah mahkamah untuk merobohkan rumah pada 14hb Ogos, tetapi mahkamah tinggi JB telah menerima kes rayuan penduduk untuk menangguhkan pelaksaaan perintah mahkamah mengenai perobohan rumah, dan telah menetapkan 15hb Oktober untuk perdengaran kes itu. Tarikh perdengaran kes rayuan itu seterusnya ditangguh ke 29hb Oktober. Dalam situasi ini, tindakan perobohan rumah dan pengusiran paksa pada 16hb Oktober, atau sebarang hari sebelum 29hb Oktober, adalah tindakan yang menghina mahkamah.

Tindakan polis yang menyuraikan penduduk dan melakukan tangkapan secara keras dan ganas ke atas penduduk-penduduk yang cuba mempertahankan tempat tinggal mereka dengan tenteram, sebenarnya adalah tindakan yang menolong pemaju melaksanakan pengusiran secara haram dan mencaburi hak asasi penduduk.


Kandungan Aduan yang dibuat oleh Cheng Lee Whee di portal polis johor:


Kampung Baru Plentong Tengah yang terletak di Plentong, Johor diduduki oleh lebih daripada 300 keluarga lebih daripada 20 tahun, telah mengalami pengusiran paksa oleh pemaju, BUKIT LENANG DEVELOPMENT SDN BHD pada 10 pagi hari ini (16/10/2008). Penduduk kampung KBPT telah diusir keluar oleh pemaju sebelum rumah alternatif mereka di Bukit Dagang siap dibina.

Penduduk telah memohon injunksi (injunction) di mahkamah dalam bulan Ogos dan perintah Mahkamah telah menangguhkan kes ini ke 29hb Oct 2008, maka pemaju tidak patut melakukan pengusiran paksa pada hari sebelum 29hb Oct 2008.

Tetapi,pihak polis dari balai polis Johor Jaya telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan menggunakan kereta FRU dan water canon dan menjalankan pengusiran paksa terhadap penduduk kampung ini pada hari ini pukul 10.30 pagi. Kira-kira 30 orang penduduk Kampung Baru Plentong Tengah dan beberapa kawan telah ditangkap secara haram dan ganas oleh polis di Balai Polis Johor Jaya (tel:07-3534861). Tugas polis sepatutnya ialah menjaga keselamatan orang ramai dan bukan berpakat dan berkhidmat kepada pemaju. Ini adalah suatu penyalahgunaan kuasa dan membazirkan wang pembayar cukai!

Kami meminta polis di Taman Johor Jaya melepaskan mereka dengan segera. 30 lebih orang yang telah ditangkap oleh polis secara haram termasuklah:

  1. Mohd Yusof Bin Harun
  2. Mohd Daud Mohd Isa
  3. Abu Baicar Bin Metan
  4. Mohd Rizail Bin Jasni
  5. Mohd Salleh Bin Hamid
  6. Kammurul Zaman Bin Ismail
  7. Mohd Faizal Bin Ridzuan
  8. Mohd Zuhaidi Bin Bidi
  9. Mohd Zulkurnain Mohd Nor
  10. Mohd Aliff Bin Hussin
  11. Kassim Mahamed
  12. Norizan Mohd Aziz
  13. Rohanoden Soyono
  14. Mariah Abu
  15. Khairudin Mohd Nor
  16. Hasnor Hadi Hasan
  17. Abdul Karim Bin Abdul Hamid
  18. Mohamed Zahamanshan Bin Mohamed Zahir
  19. Taslib Nani
  20. Ardan Syah
  21. Mohajmad Suied
  22. Said Othman
  23. Nyam Kee Han
  24. Choo Shinn Chei
  25. See Siew Min

Dan lain-lain


Berita Terkini:


Dato Siva dari SUHAKAM telah melawat ke KBPT pada 18hb December 2008 untuk membuat siasatan ke atas pengusiran paksa yang berlaku di KBPT.

Setahun selepas peristiwa ini, Jabatan Penguam Negara (Bahagian Pendakwaan) telah mendakwa Saudari Cheng secara rasmi dibawah Kanun Keseksaan Seksyen 182 di Majistret Jenayah Johor Bahru pada 14hb October 2009 (no file: 83-4411-09(1)).

35 Parti dan Pertubuhan telah menghantar PETISYEN KEPADA PEGUAM NEGARA untuk MENUNTUT GUGURKAN TUDUHAN TERHADAP CHENG LEE WHEE pada 24 November 2009.
http://suaramjb1.blogspot.com/2009/11/petisyen-menuntut-gugurkan-tuduhan.html


Kira-kira 40 orang wakil dari 35 badan bukan kerajaan dan parti politik telah mengadakan satu sidang akhbar pada pukul 9:30 pagi pada 16 Dec 2009 di Depan Jotic untuk memberi sokongan kepada saudari Cheng Lee Whee yang menghadapi perbicaraan di mahkamah majistret hari ini. Penundaan Kes Cheng Lee Whee ke 25 Januari 2010 Merupakan Kemenangan Kecil Kumpulan Tindakan Bersama untuk Menuntut Gugurkan Dakwaan Terhadap Cheng Lee Whee
http://suaramjb1.blogspot.com/2009/12/penundaan-kes-cheng-lee-whee-merupakan.html


Peguam Negara telah mengugurkan dakwaan terhadap Cheng secara rasmi pada 25hb Januari akibat tindakan penyerahan petisyen 35 pertubuhan, parti- parti politik dan lain-lain individu. Ini membuktikan Rakyat Tidak Tunduk Kepada Jentera Negara, Kuburkan Barisan Nasional (BN) Satu-satunya Jalan Keluar
http://syed-othman.blogspot.com/2010/01/rakyat-tidak-tunduk-kepada-jentera.html
http://www.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2646:kenyataan-media-dppnj-pengguguran-dakwaan-terhadap-cik-cheng-lee-whee-adalah-merupakan-kejayaan-kepada-pejuang-hak-asasi-manusia&catid=20:kenyataan-rasmi&Itemid=99


pautan luar sunting