Choi Dong-won (Hangul: 최동원, Hanja: 崔東原) (24 Mei 1958 – 14 September 2011) merupakan pitcher Korea Selatan yang beraksi di KBO League bersama pasukan Lotte Giants dan Samsung Lions. Choi merupakan pemain bertangan kanan.

Choi Dong-won
Pitcher
Dilahirkan: (1958-05-24)24 Mei 1958
Busan, Korea Selatan
Meninggal dunia: September 14, 2011(2011-09-14) (umur 53)
Goyang, Gyeonggi-do, Korea Selatan
Pukulan: Kanan Balingan: Kanan
KBO debut
1983, untuk Lotte Giants
Penampilan KBO terakhir
1990, untuk Samsung Lions
Statistik KBO
Menang–kalah103–74
Save26
ERA2.46
Strikeout1019
Pasukan
Pemain

Jurulatih

Kerjaya cemerlang dan anugerah
  • Menjadi satu-satunya pitcher meraih 4 kemenangan di Korean Series dalam sejarah KBO (1984)
  • Pemegang rekod strikeout terbanyak dalam sesuatu musim KBO dengan 223 strikeout (1984)
  • MVP KBO (1984)
  • Anugerah Sarung Tangan Emas KBO (1984)
  • Juara Korean Series (1984)
Choi Dong-won
Hangul
Hanja
Perumian SemakanChoe Dongwon
McCune–ReischauerCh'oe Tongwŏn

Semasa beraksi untuk pasukan Lotte Giants, karier Choi pada musim 1986 dianggap sebagai salah satu musim yang cemerlang beliau pernah hasilkan. Beliau menghasilkan rekod 19-14 dan mencatatkan ERA pada 1.55 dengan berjaya melakukan 208 strikeout dalam 267 inning beliau beraksi. Choi juga menghasilkan 17 perlawanan sempurna dan 1.55 ERA beliau merupakan rekod terbaik sepanjang lapan musim karier beliau. Beliau juga menjadi pemain teratas liga dari statistik inning bermain dan pemain kedua terbaik dari statistik kemenangan, ERA dan strikeout (208).[1]

Pada musim berikutnya, beliau telah beraksi dalam salah satu perlawanan terbaik dalam kariernya. Pada 16 Mei 1987, dalam aksi seri 2-2 menentang Haitai Tigers, Choi telah melengkapkan perlawanan dengan tiada keputusan sepanjang 15 inning aksi dan beliau telah melakukan 209 lemparan secara keseluruhan. Pitcher lawan, Sun Dong-yol yang juga dianggap salah seorang pemain terbaik liga, juga mengakhiri perlawanan dengan melakukan 232 lemparan. Perlawanan tersebut yang mempertemukan dua pitcher ace Korea ini sering dianggap sebagai detik terhebat dalam sejarah besbol Korea.

Nombor 11 Choi Dong-Won mula tidak digunakan oleh Lotte Giants pada 2011.

Choi telah meninggal dunia akibat kanser usus di hospital di Goyang, Gyeonggi-do pada 14 September 2011 pada usia 53 tahun.[2] Choi telah meninggalkan seorang balu, seorang anak, ibu dan dua orang adiknya.[3]

Pasukan Lotte Giants tidak menggunakan nombor skuad Choi iaitu nombor 11 mulai 30 September 2011. Keputusan ini menandakan nombor pertama tidak digunakan oleh pihak kelab semenjak penubuhannya pada 1975.[4] Watak beliau telah dilakonkan oleh Cho Seung-woo dalam filem 2011, Perfect Game yang mengisahkan dua orang pitcher terhebat iaitu beliau dan epsaingnya, Sun Dong-yol dalam liga Korea Baseball Organization pada era 1980-an.

Catatan sunting

  1. ^ "Career information and stats on Choi Dong-Won" (dalam bahasa Korean). Korea Baseball Organization. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-15. Dicapai pada 2011-09-14.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ name="yonhap"
  3. ^ name="KT"
  4. ^ Yoon, Hyun (2011-09-30). "'Iron arm' Choi Dong-Won becomes Busan's everlasting #11" (dalam bahasa Korean). OhmyNews. Dicapai pada 2011-10-06.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar sunting

Templat:Baseballstats