Robin Cho[1] atau lebih dikenali sebagai Choice37 adalah seorang penerbit rakaman, penulis lagu dan DJ berketurunan Korea-Amerika Syarikat yang berpangkalan di Korea Selatan.[2] Beliau menyertai syarikat rakaman YG Entertainment (YGE) sebagai penerbit pada tahun 2009[3] dan sejak itu telah menghasilkan lagu-lagu untuk penyanyi K-pop termasuklah BIGBANG, BLACKPINK, G-Dragon, iKON dan Lee Hi.[4][5][6][7][8]

Choice37
Nama lahirRobin Cho
KelahiranLos Angeles, California, Amerika Syarikat
GenreK-pop, Hip hop, R&B
PekerjaanPenerbit rakaman, penulis lagu, DJ
Syarikat pengurusan
YG
Pengkarya berkait
Longevity Crew

Biografi sunting

Choice37 telah dilahirkan dan dibesarkan Los Angeles, California, Amerika Syarikat, di mana beliau merupakan salah seorang anggota kumpulan hip-hop, Longevity Crew. Kumpulan ini telah melancarkan sebuah album iaitu Everything Builds pada tahun 2005.[9] Choice37 juga sendiri telah melancarkan satu album solo, Diligence.[10] Pada 2008, beliau berpindah ke Korea Selatan di mana beliau diperkenalkan kepada ketua pegawai eksekutif YGE ketika itu, Yang Hyun-suk melalui rakan masa kecil dan penerbita rakaman Teddy Park. Choice37 kemudiannya bekerja untuk YG dan lagu beliau "Butterfly" (Kupu-kupu) yang dipersembahkan oleh G-Dragon dilancarkan pada tahun 2009.[2]

Anugerah sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan Ruj.
2013 Anugerah Rhythmer Penerbit Tahun Ini Menang [2]

Rujukan sunting

  1. ^ "#ZoukKL: Heatwave Launch Ft. Masta Wu & YG Entertainment's Choice37". Hype Malaysia (dalam bahasa Inggeris). 24 November 2016. Dicapai pada 28 Disember 2018.
  2. ^ a b c "초이스37 – LA서부터 꿈 키운 힙합 키드, YG에서 꽃 피우다". Rhythmer (dalam bahasa Korea). 1 April 2013. Dicapai pada 25 Mei 2015.
  3. ^ "인플루언서의 시대 Vol.1(초이스37, 리아킴, 크러쉬, 포니)". W Korea (dalam bahasa Korea). 30 Oktober 2017. Dicapai pada 28 Disember 2018.
  4. ^ "[INTERVIEW] BIGBANG speaks about last album 'MADE'". The Korea Times (dalam bahasa Inggeris). 13 Disember 2016. Dicapai pada 28 Disember 2018.
  5. ^ "블랙핑크 "'마지막처럼', 여름에 듣기 좋은 신나는 노래"". No Cut News (dalam bahasa Korea). 22 Jun 2017. Dicapai pada 28 Disember 2018.
  6. ^ "The Making of G-Dragon's "Coup D'Etat"". Complex. September 10, 2013. Dicapai pada December 28, 2018.
  7. ^ "iKon 'Return' with New Album & 'Love Scenario' Single". Billboard. 25 Januari 2018. Dicapai pada 28 Disember 2018.
  8. ^ "이하이, 프로데뷔 카운트다운 '1, 2, 3, 4'". JoongAng Ilbo (dalam bahasa Korea). 10 Oktober 2012. Dicapai pada 28 Disember 2018.
  9. ^ "Longevity Crew". Okayplayer (dalam bahasa Inggeris). 20 September 2005. Dicapai pada 29 Disember 2018.
  10. ^ "Choice37 Interview: Smooth Transitions and Choice Selects". Gumship. September 10, 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2013. Dicapai pada 29 Disember 2018.

Pautan luar sunting