Cinta Buat Dara ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan oleh Ng Ken Kin, Dibintangi oleh Riena Diana, Syafiq Kyle, dan Sean Lee. Siri ini memulakan tayangan di Slot Lestary, TV3 bermula 24 Ogos 2022 menggantikan Honey-Moon.[1]

Cinta Buat Dara
Genre
Ditulis oleh
  • Shida Zali
  • Mia Marziah Manaf
  • Eita Cordoba
PengarahNg Ken Kin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Cinta Buat Dara" - Yulia Kamelia
Lagu penutup"Pujangga" - Voice In Public (episod 19)
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree Production Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalTV3 & IQiyi
Mediacorp Suria (2024-kini)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal24 Ogos 2022 – 28 September 2022
Kronologi
MengikutiHoney-Moon
Diikuti olehAdakah Engkau Menungguku

Sinopsis sunting

Mengisahkan Dara yang kasar dan selalu menimbul masalah kepada ibunya, dihantar ke kampung untuk dilatih menjadi gadis yang sopan oleh makciknya yang terkenal di pekan itu, Kak Ros, bekas juara Kebaya Ratu. Hariz seorang peminat muzik yang mempunyai ego yang tinggi. Melalui masa mereka bekerja bersama, Hariz dan Dara secara diam-diam menyukainya satu sama lain. Namun, Atirah, gadis misteri yang pernah dibual Hariz, tiba-tiba datang menghalang.

Serik dengan kelakuan Dara (Riena Diana) sebagai seorang pemain papan luncur yang kasar dan sering menimbulkan masalah, ibunya telah berhasrat untuk menghantar Dara pulang ke kampung dan meminta tolong Kak Ros (Rozita Che Wan) supaya mengajar dan melembutkan kelakuan anaknya. Pada masa yang sama, Dara yang telah bergaduh dengan Hariz (Syafiq Kyle) di Kuala Lumpur kini berjumpa semula di kampung mereka di Kuala Selangor kerana berkerja dengan ayah Hariz di sebuah kedai runcit.

Dalam usaha untuk mengubah personaliti Dara menjadi lebih lemah lembut dan ayu, ibunya ingin mengenalkan Dara dengan anak lelaki kawannya. Namun, Dara tidak mahu dipaksa untuk berkenalan dengan lelaki itu dan meminta Hariz untuk menjadi teman lelaki sementara Dara. Hariz bersetuju untuk menjadi teman lelaki Dara, tetapi Dara harus berjanji untuk tidak jatuh hati padanya.

Pelakon sunting

Rujukan sunting