Clemens Fritz (lahir 7 Disember 1980) merupakan pemain bola sepak Jerman yang kini bermain untuk kelab Werder Bremen di posisi bek kanan.

Clemens Fritz
Maklumat peribadi
Nama penuh Clemens Fritz
Tarikh lahir (1980-12-07) 7 Disember 1980 (umur 43)
Tempat lahir Erfurt, Jerman Timur
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Bek kanan / Bek sayap kanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Werder Bremen
Nombor 8
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1999–2001 Rot-Weiß Erfurt 32 (10)
2001–2003 Karlsruher SC 61 (7)
2003–2006 Bayer Leverkusen 43 (2)
2006– Werder Bremen 241 (4)
Pasukan kebangsaan
2001 Jerman B21 1 (0)
2002 Jerman 2006 1 (0)
2006–2008 Jerman 22 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 26 Mei 2015
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 15 Oktober 2008 (UTC)

Kerjaya kelab sunting

Kerjaya awal sunting

Beliau telah dilahirkan di Erfurt, Jerman Timur. Beliau memulakan kerjaya bola sepaknya bersama pasukan kampung halamannya, Rot-Weiß Erfurt di Regionalliga.

Pada musim panas 2001, beliau sertai kelab 2. Bundesliga, Karlsruher SC dan menjaringkan lima gol dalam 32 perlawanan. Selepas beliau diikat oleh Bayer Leverkusen pada 2003, beliau dipinjam semula ke kelab Karlsruher.

Bayer Leverkusen sunting

Beliau memasuki pasukan pertama Leverkusen pada musim 2003-04 selepas menampilkan aksi konsisten bersama pasukan reserve. Fritz bermain 14 lagi perlawanan untuk pasukan pertama Leverkusen pada musim itu dan berjaya menempah tiket ke Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan. Pada 2004, beliau mengalami keretakan kaki pada perlawanan pramusim menentang Rot-Weiss Essen dan menyebabkan beliau terpaksa berehat dengan jangka masa lama.

Kerjaya antarabangsa sunting

Selepas bermain untuk pasukan bawah-21 Jerman, Fritz membuat debut untuk pasukan senior Jerman pada 7 Oktober 2006 pada perlawanan persahabatan menentang Georgia pada perlawanan persahabatan, Jerman menang 2-0.

Pada 2 Jun 2007, beliau menjaringkan gol antarabnagsa pertamanya untuk Jerman pada perlawanan kelayakan UEFA Euro 2008 menentang San Marino, 6-0. Beliau menjaringkan gol keduanya pada 17 November dengan menjaringkan gol pembukaan pada perlawanan menentang Cyprus pada perlawanan kelayakan Euro di Hannover.

Fritz telah terpilih dalam skuad UEFA Euro 2008 di Austria dan Switzerland. Beliau telah bermain empat daripada enam perlawanan Euro sehingga pasukan Jerman melangkah ke perlawanan akhir sebelum tewas 1-0 kepada Sepanyol.

Statistik sunting

Jerman
Tahun Kmncln Gol
2006 3 0
2007 8 2
2008 11 0
Jumlah 22 2

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 2 Jun 2007 Nuremberg, Jerman   San Marino 6–0 6–0 Kelayakan Euro 2008
2. 17 November 2007 Hannover, Jerman   Cyprus 1–0 4–0 Kelayakan Euro 2008

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Werder Bremen

Antarabangsa sunting

Jerman

Pautan luar sunting

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Per Mertesacker
Kapten Werder Bremen
2011-kini
Pemegang jawatan kini

Templat:Skuad SV Werder Bremen