Cross pattée ( "cross patty", "cross Pate" atau "tapak salib", juga dikenali sebagai "cross formée/formy") adalah sejenis salib yang mempunyai palang mengecil di bahagian tengah, dan selalunya mengembang dalam bentuk garis lengkuk atau garis lurus, menjadi lebih kembang pada hujungnya. Bentuk tersebut muncul awal dalam seni zaman pertengahan, contohnya dalam hasil kerja logam pengikat buku permata yang diberikan kepada Monza Cathedral oleh Ratu Theodelinda (d. 628), dan kulit depan kitab Lindau Gospel abad ke-8 di Perpustakaan Morgan dan Muzium. Satu contoh Inggeris dari awal zaman heraldrik ("lambang bangsawan") sebenar (iaitu kira-kira 1200) telah ditemui pada lambang jata Baron Berkeley.

Bentuk standard cross pattée

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan web sunting