Nur Aisyah binti Datuk Muhammad Razip (Jawi: نور عايشه بنت محمد رازيڤ; lahir 24 Ogos 2000), atau lebih dikenali sebagai Cupcake Aisyah, merupakan seorang selebriti internet dan vlogger Malaysia yang popular di platform Youtube.[1] Beliau juga merupakan bekas pembuat cupcake di mana beliau belajar membuat cupcake dari laman sesawang YouTube era 2009-an. Beliau mula berkongsi vlog kehidupannya sejak tahun 2011 pada seawal usia 11 tahun.[2]

Cupcake Aisyah
Nur Aisyah pada 2022
Maklumat peribadi
KelahiranNur Aisyah binti Muhammad Razip
(2000-08-24) 24 Ogos 2000 (umur 23)
WarganegaraMalaysia
PendidikanUniversiti Wesminster
SaudaraKasih Iris Leona (ex-bestfriend)
Maklumat YouTube
Saluran
Tahun aktif2012–kini
Pelanggan507 ribu
Jumlah tontonan122 juta
100,000 pelanggan

Kehidupan awal dan pendidikan sunting

Nur Aisyah dilahirkan di Rembau, Negeri Sembilan, Malaysia pada 24 Ogos 2000. Beliau berdarah Jawa dari susur galur ibunya, Datin Suhaini dan berketurunan Melayu dari bapanya. Beliau melanjutkan pendidikan di Universiti Wesminster dalam bidang pengkususan digital media dan komunikasi.

Kehidupan peribadi sunting

Nur Aisyah dan Kasih Iris Leona merupakan rakan baik. Namun, pada 2024, mereka telah putus sahabat akibat sebab sebab peribadi. Beberapa minggu kemudian, beliau juga turut menghadapi pergolakan dan pergoyahan persahabatan dengan sepupunya (juga merangkap pembantu peribadi dan driver Aisyah), Nana Suhaizam. Kini, Aisyah hanya berkawan akrab dengan Mel yang masih setia dengannya.

Anugerah dan pencalonan sunting

Nama majlis penganugerahan, tahun yang diserahkan, penama anugerah, kategori anugerah, dan hasil pencalonan
Anugerah Tahun Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
Anugerah Instafamous 2017 Instafamous Paling Ohsem Cupcake Aisyah Menang
2018 Menang
2019 Menang
Anugerah MeleTOP Era 2020 Influencer MeleTOP SYOK Menunggu
Inluence Asia 2017 Top Lifestyle Influencer Awards Menang

Rujukan sunting

  1. ^ Amri Hassan (15 Julai 2017). "Gempak Star Of The Week; Cupcake Aisyah Vlogger Comel Serba Boleh". Astro Gempak. Dicapai pada 24 November 2020.
  2. ^ Gary Lee (10 April 2017). "JinnyBoy Bagged 4 Awards At Influence Asia 2017. Here're 7 More Big M'sian Winners". DiscoverKL. Dicapai pada 24 November 2020.