Demokrasi dan hak asasi manusia

Hubungan antara demokrasi dan hak asasi manusia telah dibincangkan secara meluas oleh ahli teori politik. Sebahagian daripada isu-isu tersebut ialah kedua-dua "demokrasi" dan "hak asasi manusia" merupakan konsep yang sering dipertikaikan berdasarkan definisi dan skopnya. [1] Pandangan mereka termasuk hak asasi manusia sebagai sebahagian daripada demokrasi, hak asasi manusia yang memerlukan demokrasi, dan sokongan bersama antara kedua-dua konsep.

Latar belakang sunting

Kebanyakan sarjana berpendapat bahawa hak asasi manusia muncul daripada hak kewarganegaraan yang dipegang oleh individu kerana menjadi warganegara dalam sesebuah negara, yang akhirnya dijadikan sebagai hak asasi manusia, yang dipegang oleh setiap individu. Lama kelamaan, orang ramai menggunakan bahasa hak untuk membincangkan dan mendapatkan informasi mengenai isu semasa yang lebih luas. [1] Todd Landman mengatakan bahawa, "terdapat banyak pertindihan antara demokrasi dan hak asasi manusia, kerana kedua-duanya berasaskan prinsip akauntabiliti bersama, integriti individu, perwakilan yang adil dan sama rata, inklusiviti dan penyertaan serta penyelesaian tanpa kekerasan terhadap konflik". [1]

Demokrasi sebagai hak asasi manusia sunting

Protokol 1, Artikel 3 Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia menjamin hak untuk mengundi dalam pilihan raya yang bebas dan adil . [2] Namun, tidak semua penulis menerima bahawa demokrasi adalah hak asasi manusia. [3]

Hak asasi manusia yang diperlukan untuk demokrasi sunting

Perlindungan hak sivil dan politik yang terhad diperlukan untuk sebuah demokrasi berfungsi.

Tesis pemisah sunting

Sesetengah penulis melihat hak asasi manusia dan demokrasi sebagai perkara yang berbeza dan asing. Walaupun mereka menyokong hak asasi manusia adalah untuk semua individu, mereka tidak bersetuju bahawa demokrasi semestinya merupakan sistem politik yang ideal untuk digunakan di seluruh dunia. [4]

Ketegangan antara hak asasi manusia dan demokrasi sunting

Ketegangan berpotensi untuk wujud antara hak asasi manusia dan demokrasi. Hal ini kerana dalam demokrasi, polisi yang popular tidak semestinya akan melindungi hak asasi manusia, terutamanya individu yang bukan warganegara. [5]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Landman 2013.
  2. ^ Zysset, Alain (2019). "Freedom of expression, the right to vote, and proportionality at the European Court of Human Rights: An internal critique". International Journal of Constitutional Law. 17 (1): 230–251. doi:10.1093/icon/moz002.
  3. ^ Cohen, Joshua (2006). "Is There a Human Right to Democracy?". Dalam Sypnowich, Christine (penyunting). The Egalitarian Conscience: Essays in Honour of G. A. Cohen (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. ISBN 978-0-19-928168-8.
  4. ^ Langlois, Anthony J. (2003). "Human Rights without Democracy - A Critique of the Separationist Thesis". Human Rights Quarterly. 25 (4): 990–1019. doi:10.1353/hrq.2003.0047.
  5. ^ Teraya, Koji (2007). "For the Rights of Nobodies: The Globalising Tension between Human Rights and Democracy". Victoria University of Wellington Law Review. 38 (2): 299. doi:10.26686/vuwlr.v38i2.5528.

Sumber sunting

Bacaan lanjut sunting