Desa KEDA Asam Jawa

Desa KEDA Asam Jawa sunting

Latar Belakang sunting

Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1989 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.

 
Dewan Aktiviti Masyarakat Desa KEDA Asam Jawa

Desa KEDA Asam Jawa merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Kampung Tradisional oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 1984. Pada tahun 1984, penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 113 buah rumah dan memberi manfaat kepada 819 orang penduduk di Daerah Pendang.

Sejarah Kampung sunting

Kampung ini diberi nama Kampung Asam Jawa memandangkan terdapat banyak pokok asam jawa yang bersaiz besar di kawasan kampung sebelum penempatan wujud. Penempatan sebelum ini adalah berselerak dan tidak mempunyai bekalan air termasuk bekalan elektrik serta sistem perhubungan  jalan yang baik.

Ketua Kampung yang pertama ialah Yahya Abu atau lebih dikenali dengan Pak Ya Kapak. Beliau adalah kawan baik kepada Tun Dr Mahathir dan sering menemani atau menjadi ‘pengawal’ Dr Mahathir yang mengadakan ceramah-ceramah politik di sekitar Pendang. Tun Dr Mahathir juga adalah ahli UMNO Kampung Caruk Kudung di Pendang pada ketika itu. Keakraban mereka berdua berlanjutan sehinggakan Tun Dr Mahathir menjadi Timbalan Perdana Menteri, terbukti apabila Tun Dr Mahathir mempelawanya menaiki helikopter bersamanya untuk meninjau perkampungan luar bandar termasuk di Kampung Asam Jawa, Pendang.

Ketika tinjauan dari udara itu, Dr Mahathir menyuruhnya mengira jumlah rumah yang bertaburan di Kampung Asam Jawa dan bertanya sama ada penduduk kampung itu boleh dipindahkan ke satu penempatan supaya sawah padi dapat diperluaskan dan diusahakan secara berkelompok. Akhirnya 31 Ogos 1984, penduduk yang terdiri daripada empat buah kampung iaitu Kampung Asam Jawa, Kampung Bukit Asam Jawa, Kampung Baru dan Kampung Charok Keladi telah berpindah kepada Kampung Asam Jawa sekarang yang lebih tersusun perkampungannya.

Dengan cetusan idea Tun Dr Mahathir, maka Kampung Asam Jawa dipilih untuk melaksanakan projek perintis sawah berkelompok dan perkampungan yang tersusun, mencontohi konsep ‘Samaeul Undong’ yang dilaksanakan di Korea Selatan. Sehingga kini projek sawah berkelompok ini masih diteruskan yang melibatkan keluasan tanah sebanyak 190 ekar dengan 18 orang pengusaha dan 80 orang tuan tanah.

Info Desa sunting

Nama Desa Desa KEDA Asam Jawa
Mukim Padang Pusing
DUN Sungai Tiang
Parlimen Pendang
Daerah Pendang
Negeri Kedah Darul Aman

Geografi sunting

Desa KEDA Asam Jawa terletak di kawasan yang dikelilingi dengan sawah padi dan bukit. Terdapat tanah seluas 190 ekar telah diusahakan dengan projek sawah berkelompok.

Kepimpinan sunting

Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 3, Pendang yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Asam Jawa. Penyelia kampung  akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.

Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Asam Jawa sunting

Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Asam Jawa bagi sesi 2022/2024 adalah seperti berikut :

Jawatan Penyandang
Pengerusi Talib bin Kasim
Timbalan Pengerusi Shahbudin bin Ahmad
Setiausaha Azahar bin Ahmad
Biro Kewangan/Bendahari Norshamsida binti Yakub
Biro Pembangunan Prasarana Nasrul Aizi bin Yakob
Biro Keselamatan dan Kesihatan Yusof bin Ismail
Biro Ekonomi dan Keusahawanan Abdul Ghani bin Mat
Biro Kesejahteraan dan Keceriaan Mohd Nordin bin Hamad
Biro Belia, Sukan & NGO Adam bin Ahmad
Biro Pengurusan Kewangan Rodziah binti Deranri
Biro Pendidikan & Inovasi Solhah binti Abdul Salam
Biro Agama & Kerohanian Adnan bin Abdullah
Biro Kebajikan & Kesukarelawan Abdul Shukur bin Ahmad
Biro Teknologi Maklumat & Komunikasi Rosli bin Basri
Biro Hal Ehwal Wanita & Keluarga Rokiah binti Md Rejab

Maklumat Penduduk sunting

Perkara Bilangan (Orang)
Jumlah Keseluruhan Penduduk 819
Jumlah Keluarga 113
Bilangan Penduduk Lelaki 383
Bilangan Penduduk Perempuan 436

Pendidikan sunting

Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Asam Jawa adalah seperti berikut:

Kelulusan Bilangan (Orang)
Sijil Kemahiran Bertauliah 13
Diploma 15
Ijazah 6
Jumlah 34

Pendapatan Kasar Isi Rumah sunting

Penduduk Desa KEDA Asam Jawa dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut:

Purata Pendapatan (RM) Bilangan Penduduk (Orang)
<RM530.00 9
RM531.00 - RM790.00 73
RM791.00 – RM1,319.00 81
>RM1,319.00 50

Kegunaan Tanah sunting

Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Asam Jawa ialah sebanyak 57ha yang merangkumi tapak kediaman seluas 9.5ha, kawasan pertanian seluas 14ha dan kawasan lapang dan rekreasi seluas 1.7ha.

Hak Milik Penduduk sunting

Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Desa KEDA Asam Jawa adalah seperti berikut:

Jenis Kenderaan Bilangan (Unit)
Kereta 80
Motosikal 123
Lori 8
Van 7

Kemudahan Asas sunting

Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada 2.5 km dan lampu jalan 15 unit. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 113 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitari yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.

Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.

Dari segi infra, Desa KEDA Asam Jawa dilengkapi masjid 1 buah, dewan orang ramai 1 buah, padang bola 1 buah dan tapak perkuburan 1 unit.

Golongan Khas sunting

Golongan Orang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Asam Jawa adalah seperti berikut:

Perkara Bilangan (Orang)
OKU 3(L) 2(P)
Bapa Tunggal 2
Ibu Tunggal 15
Anak Yatim 8(L) 3(P)